Posted by: immaia410 | August 21, 2009

tetamu yang ditunggu sudah kunjung tiba

si Dia yg ditunggu2 kunjung tiba lagi.

tetamu yang mulia, Ramadhan Kareem. yer, dia la si Dia tu.

subhanallah walhamdulillah masuk thn ni tahun ke-4 puasa di perantauan. pengalaman dan kenangan yg penuh makna. rasa satu kenikmatan yang amat sangat dan suasana yang agak berbeza berbanding puasa kat malaysia.

puasa..dlm al Quran,

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa,” {al-Baqarah, 2:183}

berpuasa untuk dapatkan taqwa.

dulu2 faham taqwa ni…takut kepada Allah dengan buat apa yg disuruh, tinggal yg dilarang. maksud taqwa yg sy hafal masa belajar PAI kat sekolah menengah dulu. betul dah tu makna taqwa (dapat markah 2/2 ni) tapi kurang terkesan di hati makna sebenar taqwa tu sbb dulu memang semata2 ingat utk jawab dalam paper PAI spm 2003. kat sinilah Adelaide belajar maksud taqwa yang sebenar…

kata Saidina Umar, taqwa tu ibarat seperti berjalan di jalan yang berduri. menyusurinya dengan penuh hati2 dan waspada. samalah macam taqwa. berhati2 dalam kehidupan, sgt2 careful untuk menempuh hidup supaya tak ‘terluka’ taqwa tu.

satu lagi analogi utk taqwa adalah ibarat seekor burung yang mengimbangkan dua sayapnya untuk terbang. satu sayap adalah takut dan satu lagi adalah mengharap. taqwa akan terbang tinggi andai sayap mengharap redha dan berkah Allah seimbang dengan sayap takutkan azab dan murka Allah. jadi dalam kehidupan kita perlu ada 2 rasa ini untuk attain the Taqwa!

berbalik pada berpuasa dan Ramadhan. jadikanlah masa satu bulan ni as training ground utk diri kita. anggap dia sebagai bulan tarbiyah didikan all-out. sebabnya, didikan tu antara diri kita sebagai murabbi pengajar dan diri kita sebagai mutarabbi yang diajar. dah takde dah alasan nak salahkan syaitan dan iblis bisik kita itu ini. rebutlah peluang untuk kuatkan diri kita, recharge iman sebaik-baiknya, untuk persiapan nak hadapi 11 bulan yang akan datang pula.

buat ahlul zahratul hamra’, ummi-along-alang-achik-ateh-ucu, angah minta maaf sungguh2 atas salah silap dan kekurangan angah selama perkenalan kita. halalkan semua yang terlebih dan terkurag yer… asif jiddan atas hak2 yang masih belum tertunai…jazakumullahu khayran katheera atas keluhuran antum menerima angah dan saling membantu dan menasihati antara kita. angah sangat hargai semua itu. perjalanan kita dalam jalan ni masih jauh dan panjang, gunakanlah Ramadhan ni untuk kita sama2 menjana kekuatan dan manarik nafas panjang untuk terus tsabat dan istiqamah.juga untuk kita makin suburkan ukhuwwah antara kita. ketentuan2 yang Allah dah maktubkan untuk kita sama2 kita terima dengan redha dan lapang dada. kita usaha untuk merancang sebaik-baiknya tapi hanya Allah yang menjadi sebaik2 Perancang untuk kita.

~selamat bertungkus lumus untuk Ramadhan kali ini. moga ia lebih bermakna, lebih bermanfaat dan beri impak paling maksima berbanding tahun2 sebelumnya, inshaAllah~


Responses

  1. angah, ateh minta maaf juga.. rasa terlalu byk hak2 angah yg tak ditunaikan dan jazakillahu khairan katheera sbb terlalu byk tolong ateh..

    luv fillah

  2. sama-sama kita tempuh hidup kat sini yer ateh…inshaAllah
    susah senang tetap bersama…

  3. […] September 8, 2009 immaia410 Leave a comment Go to comments terasa baru jer lagi wat posting awal ramadhan, pejam celik, dah nak sampai hari2 terakhir…bulan tarbiyyah nak sampai ke penghujung, […]


Leave a reply to achik Cancel reply

Categories