Posted by: immaia410 | August 14, 2012

melangkah lagi

alhamdulillah, tamat semester 2 tahun 2 dengan jayanya.

inshaAllah lepas raya ni akan melangkah ke alam klinikal selama 3 tahun. hati ni perlu dididik utk tabah dan cekal hadapi semua dugaan yang bakal mendatang. lupakan yang susah, pandang dengan positif, ilmu2 baru, berhubung dengan pesakit dan penyakit, yang paling seronok, fokus subjek2 dentistry. ada 1 jer lagi subjek medical yg perlu dihadapi. 

tu jer yang sempat dinukilkan, yang lain berlegar dlm kotak pemikiran. masih belum dapat diproses utk dialirkan kepada jemari yang tengah menari

sekian, lain kali.

dan pelancaran blog baru khusus utk dunia pergigianku

http://tobibgigi.blogspot.com/ 

Image

singgahlah utk berkongsi ilmu pergigian, tak kira dentist, student dentistry, lab technician, staff nurse, mahupun mereka di luar sana yang ada kemusykilan ttg gigi dan mulut.

Advertisements
Posted by: immaia410 | February 29, 2012

nawaitu.

Segalanya bermula dengan NIAT

Semester 2 bagi seisi 2011/2012 sudah bermula !!! Macam mana persediaan kita untuk mengharungi semester ini? Sudah tentu kita semua inginkan semester kali ni lebih baik daripada yang sebelumnya, kan? Bukan mudah untuk menjadi lebih baik, tapi ia bukanlah mustahil untuk dicapai.

Bagi sesetengah daripada kita, pengakhiran semester 1 yang lalu tidak seperti yang diimpikan. Setelah muhasabah, masih banyak yang perlu diperbaiki. Tugasan yang lambat perlu disegerakan, urusan yang kelam kabut perlukan penyusunan, ulangkaji kena lebih kerap dan kesihatan perlu makin menjaga. Bagi yang berpuas hati, sudah pasti mahukan kejayaan yang berterusan.

Apa-apa pun yang kita lakukan untuk memastikan Semester 2 lebih baik, satu yang pasti adalah semuanya akan bermula dengan niat. Segala natijah amalan kita menggambarkan niat yang kita semai dalam hati, kerana hati ibarat raja yang memerintah anggota untuk bergerak. Niat yang baik akan mempengaruhi hati mengarahkan amalan-amalan yang baik kepada anggota badan.

Kenapa NIAT penting?

Sebab niat melakukan sesuatu kerana Allah adalah syarat perbuatan kita diterima sebagai ibadah. Selari dengan niat kerana Allah, perbuatan kita juga hendaklah ikut syariat Islam. Contohnya, setiap pagi sebelum ke kelas, niatkan menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan sepanjang hari kita jaga adab belajar ikut syariat yang Islam gariskan, nahhh belajar kita diterima sebagai ibadah! Kalau martabatnya ibadah, kan pahalanya besar disisi Allah, tak sia-sia kita habiskan masa 8 pagi hingga 5 petang hadiri kuliah di Alamanda mahupun DKE, malah di klinik dan lab simulasi.

Niat yang ikhlas secara tidak langsung meningkatkan nilai dan kualiti amal. Menjaga niat kita di permulaan, pertengahan dan pengakhiran setiap kerja akan membantu kita untuk sentiasa fokus dan bersemangat. Hasilnya, kita akan selesaikan  pekerjaan kita tepat pada masanya dan hasilnya akan jadi yang terbaik! Bayangkan NIAT bertindak sebagai supervisor yang sentiasa memerhati dan memeriksa kerja yang kita lakukan. Tambahan lagi kita telah berniat untuk melakukannya kerana Allah, sudah pasti kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Allah redha dengan apa yang telah kita lakukan.

Tidak kurang impaknya, berkat dari Allah Taala. Kita hanya berusaha yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara, namun natijahnya milik Allah. Misalnya, apabila si A belajar selama 2 jam, sama banyak seperti yang difahami si B dalam masa 4 jam. Berkat ada disitu. Apabila si C dapat melakukan rawatan dengan lancar untuk 2 jam berbanding si D yang mengalami kesukaran walaupun pesakit menghadapi masalah yang sama. Kita mahu berkat Allah sentiasa melimpahi kita, sentiasalah kita menjaga niat dalam hati kita.

Bagaimana NIAT itu jadi ikhlas?

Hati manusia sentiasa berbolak-balik dan banyak penyakit. Niat yang ikhlas susah untuk dijaga apabila hati kita lemah dan diselubungi penyakit hati.

Penyakit hati boleh dirawat dan dipelihara dengan membaca Al-Qur’an. Amalkan membaca Al-Qur’an setiap hari walaupun setengah muka surat. Lebih baik lagi apabila kita memahami maksud ayat-ayat cinta Allah yang kita baca.

Banyak merahsiakan amal juga dapat membantu hati kita untuk ikhlas kerana Allah. Perbuatan sebegini melatih diri kita untuk melakukan perbuatan yang baik walaupun bila ketiadaan manusia kerana tujuan kita hanya untuk mencari keredhaan Allah.

Hindarkan diri kita daripada saling memuji yang keterlaluan. Tidak salah memuji untuk menghargai dan memotivasikan sahabat kita tetapi alangkah indahnya, doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain sedangkan dia tidak mengetahuinya akan dimakbulkan Allah.

Disamping itu, banyakkanlah berdoa agar kita diberikan keikhlasan dalam beramal dan dijauhkan daripada syirik. Kerana amal yang dilakukan kerana manusia (perkara selain Allah) adalah syirik. Dan meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya’.

Akhir kalam,

Tetapkanlah niat yang ikhlas kerana Allah untuk memulakan perjalanan Semester 2 kali ini agar segala amalan kita diterima dan diredhai Allah.

Periksa niatmu sebelum, semasa dan dipengakhiran sesuatu perbuatan kerana ia akan sentiasa memeliharamu.

Khansa’ Nusantara

Posted by: immaia410 | January 4, 2012

2011 in review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

A San Francisco cable car holds 60 people. This blog was viewed about 2,000 times in 2011. If it were a cable car, it would take about 33 trips to carry that many people.

Click here to see the complete report.

Posted by: immaia410 | September 13, 2011

Abang tunggu Mak kat sana ya …

Abang tunggu Mak kat sana ya …

Posted on 9 September 2011 by Ustaz Halim

Iqbal Farheen

Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah ‘kedua’ Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, “Insya-Allah, Abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, “Abang nak apa harini?”

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, “Mak, Abang nak naik kereta bomba!”

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!” Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, “Abang nak apa?”

Abang pun jawab: “Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!” Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

“Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!” Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu adasurprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, “Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika.”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

“Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!”

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

“Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

“Abang ngantuk!” Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, “Makkk..sakit perut..!”

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!” Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..”

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, “Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang… tunggu mak kat sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

(Artikel kiriman Aslam A. Ghani MRSM Kuantan

Posted by: immaia410 | August 25, 2011

analogi tajmik

mentajmik mad’u adalah satu fasa awal dalam dakwah. proses ini penting di mana kita memperkenalkan fikrah yang kita perjuangkan, mengumpulkan mereka yang cenderung untuk menerima tarbiyah dan menyusun program-program tarbiyah seterusnya.

Semalam berkesempatan volunteer untuk dental screening program  di Pangsapuri Rimba anjuran Fakulti Pergigian UiTM Shah Alam. Bertolak seawal 830pagi dengan bas klinik bergerak uitm, perjalanan 10 minit dari kampus melalui jalan-jalan yang separa rata. Tempat strategik untuk bas adalah di tengah2 kawasan blok2 rumah flat Rimba, lalu bermulalah usaha setengah hari kami membantu pensyarah mencari pesakit untuk klinik uitm.

Berakhir dalam pukul 130 petang, kami pon berkemas dan pulang….Dalam perjalanan pulang ke rumah dari shah alam, saya kira usaha mencari pesakit di flat rimba ni saling tak tumpah dalam usaha mencari “pesakit” yang perlu diubati dalam kerja2 dakwah…

1. Perancangan yang mantap – tempat yang strategik dekat dengan target patient; tenaga kerja mencukupi ada doktor, matron,  students, nurse, attendant, driver; promosi sejak 2 minggu lepas kpd penduduk flat; alatan yg lengkap dan dalam kondisi yang baik; tepat pada masa yang dijanjikan. ~ dalam medan dakwah, program2 ceramah, talk, exhibition, forum etc perlu juga menitikberatkan perkara-perkara ni cthnya dibuat di dewan masjid, bilik kuliah yang sesuai dan dekat dengan mrk yang akan hadir. kalau tak cukup tenaga ikhwah/akhawat, buka tugasan kepada sukarelawan, PA system jelas, monitor screen dikedudukan yang baik, dan ruangan tersusun kemas; promosi habis-habisan untuk jangka waktu yang optimum; aturcara majlis tepat ikut waktu yang telah diwar-warkan.

2. Penyampaian yang baik dan berkesan – situasi paling menarik, Dr ckp english (lecturer oversea) – student translate BM – ckp dengan cucu pesakit (warga India) – tolong translate kat neneknya (yg hanya faham bahasa tamil). Apa2 pun dalam semua situasi lecturer sy akan bertanya concern pesakit, ada apa2 complain tak ttg gigi/kesihatan mulutnya, kemudian akan memeriksa dan berbincang dengan pesakit. Kuncinya disini, tahu concern pesakit, mencari punca dan berbincang macam mana nak rawat. ~ Begitulah juga dalam dakwah, penceramah kena selari dengan audience, mengupas satu-satu isu dengan cara memahami latar belakang org yang didakwahnya kemudian sama-sama2 berbincang apa resolusi untuk tindakan dan amalan mereka yang mendengar. Jika ini tak dikuasai penceramah akibatnya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, tidak memberi kesan pada hati dan minda pendengar. Dan jika penceramah hanya mampu “meniup semangat” pendengar tanpa membimbing dalam beramal, alamatnya kesedaran hanya hangat semasa berprogram.

3. Kerjasama erat dikalangan penganjur – hubungan kami (pelajar) dengan pensyarah dan staff semakin rapat. dalam situasi sebeginilah ruang untuk pelajar menimba pengalaman yang berguna untuk masa depan. tak ada masalah untuk buat silap, yang penting belajar daripada kesilapan dan lakukan yang terbaik. memang banyak benda sy dan rakan-rakan tak tahu lagi2 ni pertama kali kami berklinik (pertama buat sy utk klinik gigi di msia). end of the day banyak yang kami belajar. komunikasi yang baik dengan staff sangat membantu.. ~ melaksanakan satu program dakwah umum yang besar dan mempunyai expectation yang tinggi bukan suatu yang mudah. komunikasi yang jelas antara team JK sangat2 penting, dan masa inilah kita nak kenal character sebenar seorang ikhwah atau akhawat. bukan untuk tujuan yang negatif tapi untuk sama2 meningkatkan kualiti diri sbg pendakwah professional. apa yang kurang atau lemah ditingkatkan dan yang bagus dijadikan panduan. barulah kerja amal muassasi jadi basah dalam ukhuwwah yang mahabbah, hilang tekanan dan pening2 dengan adanya bantu-membantu dan saling memahami.

4. Mesra dan tersusun – memang diakui agak stress handle karenah pesakit. tapi muka kena tetap senyum, kata kena tetap manis. pesakit datang secara sukarela nak meminta nasihat dan rawatan, mereka tak tahu dan nak tahu tentang kesihatan gigi dan mulut. macam2 peringkat umur, pelbagai bangsa dan bahasa, ada yang sempurna ada yang istimewa, pendek kata jadi ala-ala klinik gigi 1 Malaysia la kitorg semalam. pengalaman baru turun berkhidmat kepada masyarakat. yg bestnya ada sorg budak ni, dari pagi dia datang kat meja pendaftaran (tak gi skolah ke dik??) tapi tak nak bagi doktor cek gigi dia mula2 kata segan pastu takut pulak… akhirnya lepas dah sembang2 dengan dia, nak juga akhirnya bagi kam tgk gigi dia (jadilah dia pesakit terakhir semalam…). ~ Kekusutan dan tekanan memang tak bolehdipamerkan pada riak wajah penganjur. Senyuman kepada yang hadir sangat penting. Di mana perlu, berilah bantuan secara fizikal ataupun lisan. Mereka datang ke program dengan sukarela untuk cari apa yang mereka perlukan untuk menambah kualiti hidup, raikan mereka. Bertegur sapa dan bersilaturahimlah dengan yang hadir, langkah yang penting untuk memautkan dua hati.

6. Hadiah/tanda penghargaan – kami beri free ubat gigi pada pesakit yang datang 🙂 seronok betul budak2 dpat kodomo lion. bagaikan satu penghargaan atas keberanian dan kekuatan mereka menghadirkan diri. selalunya orang takut dentist tapi mereka ni berjaya lawn rasa takut. tahniah!! ~ begitulah juga kerja2 dakwah. sediakan doorgift buat peserta yang hadiri program ilmu, Rasulullah saw amat2 galakan umatnya memberi hadiah kepada orang lain.

7. Pendaftaran – detail pesakit kena amik, senang nak contact balik diorang lepas ni untuk rawat selanjutnya, info2 dicatat dengan sistematik.. ~ sebabtu la dalam prgram perlu disediakan kaunter pendaftaran juga, untuk kita keep contact dengan mereka yang pernah hadir program kita.

8. Follow up – semalam hanya buat check up sahaja, no treatment. lepas raya, pesakit yg kritikal akan dihubungi, yang perlukan rawatan dijemput ke klnik pergigian uitm shah alam di kampus… ~ kiranya program tajmik ni hanyalah taaruf/pengenalan, tidak boleh sembuh dengan sekali jumpa, rawatan memerlukan masa yang panjang, follow up pon ada dalam berdakwah dan memerlukan satu entri khas untuk dibicarakan…mungkin lain kali inshaAllah..

Pengalaman yang berharga!

Sekian.

Moga dapat manfaat untuk diamalkan.

Posted by: immaia410 | August 19, 2011

19 Ramadhan 1432

hujan renyai ba’da maghrib. malam ni malam ke 20 Ramadhan…Alhamdulillah saya masih diizinkan menghirup udara Ramadhan. Pejam celik dah masuk 1/3 juzuk terakhir ramadhan tahun ini…dan genap hari ni, 19 Ogos 2011, dah 5 bulan saya kembali ke tanah air..cepat sungguh masa berlalu

saya akui suasana Ramadhan di sini dan di sana jauh berbeza. di sana, masuk 10 malam terakhir makin susah nak cari parking di masjid walaupun sampai awal daripada hari sebelumnya, bacaan imam makin syahdu, doa qunut makin panjang dan mampu menitiskan airmata walaupun doa yg dibaca hanya 20% saya faham. saya dan kawan2 saling memotivasi untuk mengejar malam lailatul-qadr. saban tahun di sana, rasa kecintaan terhadap Ramadahn makin mendalam, sebelum tu tak dapat nak faham dan jiwai erti ihya’ (menghidupkan) ramadhan. masa sekolah rendah dan menengah dulu, tahu jer pasal berkatnya bulan Ramadhan tapi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, sedikit pon tak hinggap kat hati. bila balik kampung selalu heran macam mana orang2 berumur kat kampung boleh tak tidur malam untuk tadarus n solat malam2…Alhamdulillah anugerah Allah mencampakkan saya di perantauan, pergi bermusafir di tempat majoritinya bukan islam membuka mata saya, dan lebih penting lagi telah membuka hati saya untuk lebih sayang dan ‘izzah dengan islam. terutamanya tarbiyyah2 di bulan Ramadhan. saya ingat lagi waktu di tahun pertama, saya ikuti daurah 3 hari dalam bulan puasa, temanya “attain taqwa”, mengupas lebih dalam suruhan Allah untuk kita berpuasa supaya kita bertaqwa (Al-Baqarah, 2:183)..tidak berakhir di situ, pengalaman iftar (berbuka) bersama teman2 di uni, macam mana kita qanaah dgn apa yg ada, sabar beratur, benar2 mengajar diri tentang akhlak seorang muslim…itu secebis pengalaman2 lalu, hari ini, saya bersyukur dapat berpuasa bersama keluarga setelah sekian lama. walaupun suasananya berbeza, tarbiyyah Allah tetap sentiasa ada. Allah nak saya belajar sabar di sudut yang lain pula. sabar menghadapi dugaan2 hidup yang lebih besar dan lebih realiti. mungkin saya tidak berjaya 100% setakat ini, saya tetap akan berusaha ke arah itu, inshaAllah…

5 bulan di Malaysia. inilah realiti kehidupan. apa yang saya belajar di Australia selama 5 tahun 1bulan 3hari teruji selama 5 bulan saya di sini. Memang boleh jadi, ilmu2 tu sebagai pendinding atau sebaliknya (nauzubillah) hanya mengasap semata-mata. Saya rasa balik Malaysia sebagai muallaf, insan yang kembali mengenali fitrahnya dan kembali mengamati deen nya. Apa yang dipupuk selama 5tahun+ boleh jadi sia-sia kalau tidak kuat menentang arus. Sebab itu asas perubahan kena jelas, pergantungan dan hubungan dengan Allah kena kuat, program dakwah dan tarbiyyah kena diteruskan, ini semua sumber-sumber kekuatan untuk berenang meredah lautan (arus Malaysia). Saya akui saya hampir kecundang dengan suasana, sesungguhnya Allah tetap sayang pada hambaNya. Apa yang saya boleh kata saat ini, kena mujahadah untuk istiqamah dan tsabat. Dua perkataan yang sering seorang daie ungkapkan, yang maknanya sangat berat dan mendalam.

10 malam-malam terakhir ni, saya berharap sangat untuk mengumpul segala kekuatan memperbaiki kesilapan 5 bulan yang lalu. Saya mohon Allah ampuni dosa-dosa saya tikamana saya keterlaluan dalam tindakan saya, saya lupa dan lalai, saya abaikan tanggungjawab sebagai anak dan kakak, saya terlalu banyak berangan daripada bertindak dan atas hak-hak yang saya tidak tunaikan…saya mahu berubah!! jadi lebih baik dari semalam, lebih baik dari 5bulan lalu, lebih baik dari 5 tahun lalu. ya Allah, perkenankanlah doa hambaMu ini..

Posted by: immaia410 | August 13, 2011

jatuh di timpa tangga

merujuk pada entri Dr Zainurrashid…topik ni memang jadi fevret terutama untuk mereka yang akan back for good (means: yang akan pulang semula ke tanah air dari belajar di luar negara).  satu fasa yang jadi antagonist kepada mereka yang berada dalam jalan juang ini. scary!! seram!! itulah perasaan yang diluahkan masing2 bila isu ini dikupas, dan saling mendoakan agar masing2 tsabat dan istiqamah di jalan ini…

nak tak nak, semua akan rasa fasa ni, bezanya….sedar atau tidak, cepat bangkit atau biarkan, kecewa atau lebih bersemangat, makin lemah atau lebih kuat jati diri, sabar atau keluh kesah…bezanya, apa reaksi kita waktu ia melanda?

entri ni bukan ditujukan pada orang lain, tapi diri sendiri, agar satu hari nanti, kalau terjadi lagi, ini bukti bertulis untuk saya rujuk kembali. untuk jadi wadah orang lain, hantar link entri ni pada saya untuk “ketuk” saya dan “hulurkan” tangan untuk menyelamatkan saya…

saya tak nafikan, saya sendiri ada perasaan scary&seram tu sampai pernah bertekad untuk berada di bumi kangaroo lama2 sebab takut nak balik malaysia, takut futur. saya rasa plan sy ni terbaekk la untuk pastikan saya terus berada di jalan ni (antara faktornya la). tapi seperti kita yakin perancangan Allah lebih baik untuk kita walaupun pahit dan berat untuk kita lalui, memang kena yakin apa yang berlaku adalah yang terbaik. ditakdirkan Allah, tahun ni juga saya balik untuk kebaikan. truly speaking, saya tak bersedia! saya tak ada even plan A (jgn kata plan B). dowwnn =.=!

ada senggang waktu, lebih kurang 3 bulan, saya masih di sana, dalam keadaan 50-50 samada saya akan balik ke tak. dengan peratusan 50% ni, saya cuba persiapkan diri untuk balik…minta padangan sahabat seperjuangan, especially yg dah balik, keep connected n updated dgn org msia, jelaskan apa2 yang masih kabur dengan org2 di australia, cari ruang2 amal di msia, semua2 la apa yang perlu disiapkan…sampai ada sedikit keyakinan untuk jejakkan dua2 kaki ke tanah air dan mampu teruskan berjalan mahupun berlari…the biggest fear, keluarga. tambah2 lagi dengan situasi saya, yang pulang dengan status pelajar yang kena bersambung di malaysia. tak ada istilah dah grad, akan bekerja, tinggal di rumah sendiri, akan walimah, status kewangan stabil, fasa hidup baru,  plan kehidupan 5 tahun akan dtg; tak ada semua tu! dalam pemusafiran sy dr Aus – KL (yg saya kira buat kali terakhir dlm masa terdekat ni) apa yang saya mampu buat doa! n sematkan pengalaman dan kenangan yang secebis saya ada ni untuk jadi dahan pautan dan kekuatan untuk saya hadapi apa2 shj kat malaysia nanti.

status sy sebagai pelajar hold sampai bulan september, ok, pasrah! excited ni, sebab boleh spend masa yang ada ni sesuaikan diri dengan waqi’ (keadaan) di malaysia. suasana amalnya berbeza…(pesan seorg ukhti,,ermm ramai ukhti sebenarnya). fasa pertama, get urself into the system (done!), tak sia-sia keep contact dengan orang kawasan. then get urself activated (done!) tak yah risau, amal kat malaysia ni luas macam laut (ustaz dan ukhti kata) tinggal kita nak ke tak nak jer. the core problem, get urself mobile/dynamic. this when the family matter comes accross….sigh! =.=!! consequencenya, saya serabut, saya geram, saya rebel. stress setiap kali terima panggilan, sms or emel yg memerlukan keberadaan sy (eh, no! sy yg perlu berada di situ to get inlvolve).  adanya clash dengan plan family, adanya kata putus “tak boleh keluar”, soalan2 introgate, prasangka2 yang macam2 etc2…mula2 bolehla alasan baru balik, spend masa dgn family, aula’kan bina hubungan dengan family, ikut cakap ibu, hormati pendapat ibu…tapi lama2 jgn kata org lain, sy sendiri pon tak tahan dengan alasan tu. (warghhh!! macam mana nak “hidup” sampai bulan sept ni??).

Allah beri pelangi setelah hujan ribut tgh hari, plan utk jadi dynamic dengan bantuan akhawat habibati. 1. kerja!! bukan kerana duit poket tapi untuk ada peluang keluar dan berjumpa dengan orang. dapatla jadi guru sambilan dkat tadika kawan, marvellous! syukur sgt! jmpe akhawat, n yg plg best peluang utk mentarbiyah aulad :). tapi tak lama, selalu kena tanya pergi mana tgh hari (padahal dah bgtahu dah pegi tlg kawan uruskan tadika dia)…plan utk jadikan kerja alasan utk stay back pon tak menjadi (org biasanya 1 kali jer tak pegi sebulan, saya sebulan sekali jer pergi)… 2. kenalkan kawan2 pada parents, obviously parents akan curious kalau kita keluar dengan kawan yang diorg tak kenal. lagi2 dengan keadaan malaysia skrg ni (crime merata-rata n mcm2 cara, lagi2 kat ibu kota raya ni) yang ini sgt pelangi!!! walaupun 2 org jer stakat ni yg dtg umah tapi it worths a jack-pot! …….. macam fitrahnya pelangi, tak lama kan dia hadir?… mehnah demi mehnah saya kena hadapi kat rumah, sampai saya sendiri pancit, saya tak salahkan family 100% (mrk tak boleh nak faham dan terima saya as it is), a part of it kelemahan saya yang tak kuat nak hadapi semua ni, tak positif. apa yang sy rebel makan diri sendiri, huhh mmg pengajaran besar buat diri saya. jadi, plan2 tadi yg membuahkan pelangi bertahan sekejap jer….dan saya, terus tenggelam timbul lemas dalam ombak lautan dalam.

sy sedar, banyak kapal yang cuba selamatkan saya, lalu dekat dengan tempat sy lemas tapi terlupa nak turunkan pelampung ataupun tanya dari atas kapal macam mana saya boleh lemas, saya ok ke tak….saya tengah lemas dan lemah sangat,, macam mana saya nak jawab? tak pernah cuba cara praktikal nak selamatkan saya…ada la bot penyelamat yang datang n saya naik tapi bot tu nak pergi arah lain jadi saya tak boleh ikut lalu terjun balik ke lautan dalam. ada jugak, naik bot penyelamat tapi sama-sama karam…berpaut la saya pada serpihan kayu (cebisan pengalaman n kenangan) berada atas kapal laut di bumi australia dulu…

ni tak boleh ni, berpaut jer tak ke mana. nak “makan” apa? kalau kena makan dgn “ikan paus” macam mana? saya pon ambil keputusan untuk berenang cari arah tuju…why not, saya join rakan kuliah bulan julai ni? banyak kena cope, both as student kat malaysia n subjek2  yang kena catch up. nak tunggu sept baru nak adjust, penat jugak tu… apart from that, biggest aim untuk keluar dari kelemasan ni. jangka waktu kelemasan ni buat saya terfikir tentang 1 perkara jer. keikhlasan saya setiap detik saya berada dalam jalan ni. yes, IKHLAS. sejauh mana selama ni saya benar2 ikhlas beramal, berkorban, menuntut ilmu, merangka program hanya semata-mata untuk redha Allah. semata-mata! kenapa bila Allah tarik semua nikmat saya down? buat saya benar2 question niat ikhlas saya.

jadi saya nekad nak join in bulan julai ni. Alhamdulillah, nikmat pertama, Allah mudahkan untuk dapat tempat dalam intersesi (urusan yang menyusahkan pihak pengurusan biasanya tidak dilayan, huhu yerla nak proses kemasukan saya sorang, biasanya admin tak ambil kerja2 picisan mcm ni). Anyway, nikmat kedua, dapat kolej! tak perlu meredah traffic jam waktu pagi n petang, dan dapat spend lebih masa di shah alam! yeay! mission accomplished.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah….Allah masih menyayangi hambaNya yang lemah n tak reti nak bersyukur ni (n Allah always forever will) hanya saya jer cepat lupa Allah sentiasa ada di sisi saya lebih dekat dari salur darah di leher saya…forgive me Allah for all my sins, forgetfulness, whining and being ungrateful….comes another nikmah one after another, despite the burden n trials along the way, I’m pleased and syukur….dapat sms utk join halaqah since minggu pertama jejakkan kaki ke uitm, minggle dgn sahabat2 seperjuangan smbil iftar hari khamis bersama, ada planning utk dakwah kampus….walaupun masih kabur2 saya yakin ada tempat untuk sana di sini, ada nur yang menyuluh saya kembali berjalan (atau berlari) di jalan ini….inilah perjalanan saya bermula semula, dari SA ke SA…

peringatan untuk saya kalau diuji lagi sebegini…

1. jangan rebel, tetap ingat Allah.  memang kena jaga hubungan dengan Allah. beside yang wajib, solat sunat n baca AQ TOLONGLAH jangan tinggal. itu jer la kekuatan yang you can count with n sumber kekuatan paling besar. you lose it once, you know the feeling, you wont want to lose it again.

2. u plan, but if the reality doesnt go the way u plan, relax…jgn cepat melatah dan merengus. istighfar because Allah is The Planner not you. take a deep breath n plan ur next actions

3. dont be silly relying your fate on others. ukhuwwah dengan disiplin, itsar dengan disiplin. jangan tunggu orang lain untuk buat sesuatu utk perbetulkan keadaan, jgn cepat tersinggung dengan reaksi orang lain, pecah kan ruyung ego, ruyung kemalasan dan ruyung selesa tu. kalau tak macam mana nak rasa manisnya sagu kemenangan islam atau sagu kesyahidan?

4. keep loving your family eventho their life is totally different from you. love them doesnt mean you have to follow what they like doing. the only action is du’a. may Allah opens their heart for deenul islam one day and respect others whom practicing it (not meerly islam is my faith n as long as i believe in it, thats it, others please dont bother or interrupt. n wont drag others to do what islam says not to do)

5. remember, Allah loves you more than you even love yourself. Our Nur-ul-Qolbi…

 

its been loooong time since I want to express this. Jzkk for an intro entry by Dr ZZ, it sparks my thoughts upon this. as I said, this is for me to remind myself day by day ahead. if it is useful for you, praise Allah! He opens ur heart to another new chapter of your life…I am not the best mankind alive, and I am not a perfect muslimah yet my aim to work hard to achieve the best and perfection each and every day as my breath taken, inshaAllah. a lesson for you and a thousand lesson for me. May Allah bless us all, ameen.

(p/s: maaf entri ditulis dalam bahasa melayu dan english. some english words are better in describing my true and deepest feeling. please forgive the “rojak”)

Jzkk for reading and please do share your experiences and thoughts on this….

Posted by: immaia410 | August 11, 2011

nak jadi lebih baik

tapi aku tak mampu

rasa macam hipokrit jer

biarlah ubah sikit-sikit, luar dulu then dalam

atau walaupun luar aku ruged tapi dalam Allah tahu

well, bila dah ada perasaan nak berubah tu cepat-cepatla grab

sebab kita tak tahu bila lagi Allah akan ketuk pintu hati

DAN yakin ke kita hari lain hati kita kan terbuka terima sentuhan tu?

to change is to understand the changes.

define baik

ikut perintah Allah

amar makruf nahi mungkar

buat yang Allah suruh dan redha, tinggalkan yg Allah larang dan murka

amik perintah tu as a whole! [dont pacth!]

works towards fulfilling the whole package tu

itu baru namanya bertekad untuk jadi baik dan lebih baik

bukan sekadar jaga solat 5 waktu dan puasa bulan ramadhan jer.

memang akan jadi orang skema pon

skema dengan guideline Allah n Rasul [inshaAllah…]

up to one point, akan rasa penat nak keeping up with your “cool” world

masa untuk kembali pada fitrah

pedulikan apa makhluk kat bumi nak kata (i.e manusia mencemuh perubahan kpd lbh baik)

yang penting, apa makhluk kat langit kata (i.e malaikat sentiasa doakan dan sebut nama kita)

memang nak berubah sgt berat dan menyakitkan

saya pernah rasa, dan sentiasa rasa…

tapi kemanisannya pengubat rasa sakit tu

teruskanlah, jangan teragak-agak untuk berubah

baca basmalah dan tetapkan niat berubah kerana nak capai redha Allah

lalu Mujahadah dan Istiqomah…

~Versus, HLovate~

Laguku dan Lagu Versus…mungkin berbeza genre tapi lirik nya copy-cat n copy-paste…Thank you, Trimas, Syukran, Jzkk! Ketukan head-banging to make me be thankful again n again and to remind myself, This is Me. back then bila mula melangkah pada tahun 2006 di bumi kangaroo dan koala.

Posted by: immaia410 | August 11, 2011

grey area

pernah tak dengar cerita gembala kambing yang tanah ragut untuk kambing-kambingnya sempadan dengan tanah diraja? sesiapa yang  trespassing tanah orang (raja apatah lagi) akan didakwa kan? jadi pengembala kambing ni, punyala dia berhati-hati, terus amik jarak 5 meter siap-siap dari pagar takut2 la yg kambingnya meragut tu tanah orang, kambing mana reti sempadan tanah ni kan… 5 meter jarak garis selari ni la grey area namanya.

trust me or not, kehidupan kita ni pon kadang2 wujud grey area. sudah pasti wujud kalau awak ada tanah tapi bukan itu yang saya maksudkan. ini batasan antara yang Allah suruh (diredhaiNya) dan yang Allah larang (dimurkaiNya). banyak perkara dah jelas dalam syariat mana suruhan (kita kena ikut) dan yang mana larangan (yang kita kena jauhi) tapi, sebab manusia ni terlalu kreatif dan inovatif, wujudlah banyak perkara-perkara samar. contoh-contoh fikirkanlah sendiri, just amik satu hari  dan observe perbuatan, perkataan, segala tindak tanduk yang berlaku di keliling anda, paling tidak akan jumpa 1 contoh. (tak jumpa juga baru tanya saya!)

okey, perkara samar (or grey area) ni either ia salah disisi Allah dan dijustify ok disisinya atau menda baik cuma ada la sikit2 elemen tak soleh…kira perkara2 yang tak furqan la (tak tahu nak beza ni baik ke tak baik… boleh ke aku buat? tapi aku bukannya buat apa2 ponnn)…grey area dikesan ikut sensitiviti seseorang, bukan sensitiviti skin test utk allergy tapi sensitifnya iman seseorang utk menilai…

selain tu, keadaan sekeliling banyak mempengaruhi wujudnya grey area ni…yang paling saya rasa obvious tahap grey area kat OZ dengan kat malaysia…believe me, OZ sangat clear cut! u amalkan islam as way of life or your life is away from it. you choose nak islam secara kaffah (seluruh) or tak amik port langsung.

cabaran kat malaysia, grey area tu luas, ruang islam patchy-patchy besar dan mengaburi mata masyarat islam…buat mana mahu dan mana suka. atau buat yg Allah larang tapi berbayangkan perkara-perkara islami atau justifikasi yang berlandaskan dalil entah dari mana. serabut sungguh! dan kawasan merbahaya kepada kita sebab macam kisah pengembala tu, kalau tak hati-hati, bila-bila masa boleh masuk zone larangan tanpa kita sedar.

kenapa citer benda ni? sebab nak jaga hati nurani.

1. kalau hati makin larut dalam grey area, dah makin immune dan kurang sensitif. takutnya kalau Allah dah tarik perasaan takut bila buat dosa!

2. hati tempat iman. kalau rasa was-was dengan grey area (dan keyakinan tapi dengan justifikasi), better to leave it. memang tak dosa pon sebab tak jelas halal haramnya tapi kalau berterusan buat perkara2 syubahah (was-was) boleh jadi haram hukumnya.

ermmm kita manusia. kita lemah sebab hati tempat simpan iman kita lemah. somehow kita kena bantu hati kita keep the iman insight. kita kena tolong hati untuk ubah diri kita jadi lebih baik. hati adalah raja/komander untuk jasad kita. baik keadaan hati kita, baiklah tindakan motor-motor neuron kita bertindak.

so lepas ni, jangan banyak justifikasi, banyakkan berfikir (Allah syg hambaNya yang ulul albab). rasa was-was benda tu tak baik yang mendorong kita banyak ifs and buts, let go. kalau benda baik, Allah suka, buat jerr!

lama tak post new entry. niat tu ada, idea pon dah ada, draft jer yang yang makin menimbun, semua tak dipublish sbb tak mampu nak menghabiskan kata-kata…

entri ni special sebab yang pertama setelah balik ke malaysia. lepas dah lalui macam2 mehnah dan tribulasi (macam pergi berperang pula bunyinya), tak, ini hanya dugaan kecil jer dalam perjalanan hidup sebagai seorang hamba. tengok orang lain, pasti ujian yang mereka lalui lebih besar dan hebat. inshaAllah entri-entri lepas ni pon akan berudarakan malaysia sebab hidung ni dah back for good (kata orang ostolia).

nak coretkan perasaan memang tak mampu nak ukir dengan kata-kata sepenuhnya. tinggalkan tempat benih islam disemai, dibaja, dijaga sampai tumbuh ada akar, ada daun, setiap musim berbunga memang rasa sangat “berat”, bukan tak redha tapi berat dengan air mata. yerla, pokok ni akar nya belum ketunjangan, dah kena cabut, bawa balik dan cuba ditanam kat malaysia. yang mana pokok ni dah biasa dengan udara bumi subur, nak tanam kat tempat jerebu dan banyak perosak? risiko tinggi untuk tumbuh subur. (baca dgn fikiran out of the box)

nama pon tanah kurang subur, jadi memang benar dugaan2 yang disangka. (urm cukuplah dengan kiasan) nak katanya, balik malaysia, culture shock. tambahan lagi, tak mentally prepared pon kena balik tahun ni.  dugaan datang sejak hari pertama jejakkan kaki…kehidupan di rumah, famili, hiburan, masyarakat, isu2 semasa…semuanya rasa asing (yang sebenarnya diri ini yang tak mahu ambik port sbb masih terasa saki baki perasaan di airport Adelaide buat kali terakhir).

 

lepas masa berlalu dan berlalu, diri ni makin yakin dengan kehidupan dia. ada satu ketika tu, terfikir sgt tentang keikhlasan. kenapa perlu berduka, down, tak ada semangat? bukan kah hidup ini untuk Allah semata-mata? kat bumi mana pon Allah letakkan kita, tetap kena jalani kerana Allah. susah nak describe kefahaman ni dengan kata-kata. tapi konklusinya, keikhlasan tu kunci segala-galanya. tapi untuk dapat kunci ni bukan senang, hati kena jujur dengan diri sendiri dan Allah, pemikiran kena matang dan mendalam, mujahadah kena kuat. dengan keikhlasan kita akan sandarkan segala-galanya kerana Allah, dari pemerhatian sendiri, amal yang dilakukan dengan ikhlas, byk potensi untuk kita istiqomah dengannya. masih tak jelas, cuba buat, kemudian muhasabah hasilnya…

benarlah, kita rasa tempat orang yang kita selesa, mudah, tenang adalah tempat terbaik untuk kita. sehingga terdetik niat nak tinggal lama di sana. tapi, benarlah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita…

satu perkara yang saya sedari ialah sejak akhir2 kebelakangan ini, masa di Adelaide, bermula sem 2 2009, hati tak sepenuhnya berada di kelas. dengan suasana yang serabut, perbualan yang bingitkan telinga, pergaulan tanpa batas,  kadang2 diri ni berpura-pura “ok with that”, RIMAS! hidup hipokrit dalam kelas!……… yang pasti hari pertama di sini (uitm shah alam), dah terasa ketenangan. semua satu aqidah, bukan setakat satu misi utk jadi seorang doktor gigi yang baik tapi satu misi juga untuk tetap berpegang pada agama islam. fakulti pon menjaga kebajikan dari semua segi, bukan intelek jer tapi ruhi dan jasmani jgk. memang tak mudah nak blend in masa mula-mula kenal tapi harapan itu ada, suasana tu damai menenangkan hati. contoh kecil yg kita mungkin terlepas pandang, setiap permulaan kelas dimulai dengan salam kemudian basmalah, kan lebih molek begitu, inshaAllah majlis dipayungi malaikat…

sedikit sebanyak terubat luka2 dan parut kat hati, kan Allah janji setiap yang berlaku ada hikmahnya…hanya perlu berbalik kepada kita untuk bersabar dan bersabar sehingga Allah pertontonkan hikmah itu… jangan mengharap hanya di dunia, mungkin hikmah itu di syurga? panjangkan angan2 dan harapan itu…

saya gembira Allah kembalikan sy saat ini, mg ilmu yang dituntut disini lebih diberkatinya, ameen…

ba’da maghrib,delima satu,shah alam

Older Posts »

Categories