Posted by: immaia410 | February 29, 2012

nawaitu.

Segalanya bermula dengan NIAT

Semester 2 bagi seisi 2011/2012 sudah bermula !!! Macam mana persediaan kita untuk mengharungi semester ini? Sudah tentu kita semua inginkan semester kali ni lebih baik daripada yang sebelumnya, kan? Bukan mudah untuk menjadi lebih baik, tapi ia bukanlah mustahil untuk dicapai.

Bagi sesetengah daripada kita, pengakhiran semester 1 yang lalu tidak seperti yang diimpikan. Setelah muhasabah, masih banyak yang perlu diperbaiki. Tugasan yang lambat perlu disegerakan, urusan yang kelam kabut perlukan penyusunan, ulangkaji kena lebih kerap dan kesihatan perlu makin menjaga. Bagi yang berpuas hati, sudah pasti mahukan kejayaan yang berterusan.

Apa-apa pun yang kita lakukan untuk memastikan Semester 2 lebih baik, satu yang pasti adalah semuanya akan bermula dengan niat. Segala natijah amalan kita menggambarkan niat yang kita semai dalam hati, kerana hati ibarat raja yang memerintah anggota untuk bergerak. Niat yang baik akan mempengaruhi hati mengarahkan amalan-amalan yang baik kepada anggota badan.

Kenapa NIAT penting?

Sebab niat melakukan sesuatu kerana Allah adalah syarat perbuatan kita diterima sebagai ibadah. Selari dengan niat kerana Allah, perbuatan kita juga hendaklah ikut syariat Islam. Contohnya, setiap pagi sebelum ke kelas, niatkan menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan sepanjang hari kita jaga adab belajar ikut syariat yang Islam gariskan, nahhh belajar kita diterima sebagai ibadah! Kalau martabatnya ibadah, kan pahalanya besar disisi Allah, tak sia-sia kita habiskan masa 8 pagi hingga 5 petang hadiri kuliah di Alamanda mahupun DKE, malah di klinik dan lab simulasi.

Niat yang ikhlas secara tidak langsung meningkatkan nilai dan kualiti amal. Menjaga niat kita di permulaan, pertengahan dan pengakhiran setiap kerja akan membantu kita untuk sentiasa fokus dan bersemangat. Hasilnya, kita akan selesaikan  pekerjaan kita tepat pada masanya dan hasilnya akan jadi yang terbaik! Bayangkan NIAT bertindak sebagai supervisor yang sentiasa memerhati dan memeriksa kerja yang kita lakukan. Tambahan lagi kita telah berniat untuk melakukannya kerana Allah, sudah pasti kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Allah redha dengan apa yang telah kita lakukan.

Tidak kurang impaknya, berkat dari Allah Taala. Kita hanya berusaha yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara, namun natijahnya milik Allah. Misalnya, apabila si A belajar selama 2 jam, sama banyak seperti yang difahami si B dalam masa 4 jam. Berkat ada disitu. Apabila si C dapat melakukan rawatan dengan lancar untuk 2 jam berbanding si D yang mengalami kesukaran walaupun pesakit menghadapi masalah yang sama. Kita mahu berkat Allah sentiasa melimpahi kita, sentiasalah kita menjaga niat dalam hati kita.

Bagaimana NIAT itu jadi ikhlas?

Hati manusia sentiasa berbolak-balik dan banyak penyakit. Niat yang ikhlas susah untuk dijaga apabila hati kita lemah dan diselubungi penyakit hati.

Penyakit hati boleh dirawat dan dipelihara dengan membaca Al-Qur’an. Amalkan membaca Al-Qur’an setiap hari walaupun setengah muka surat. Lebih baik lagi apabila kita memahami maksud ayat-ayat cinta Allah yang kita baca.

Banyak merahsiakan amal juga dapat membantu hati kita untuk ikhlas kerana Allah. Perbuatan sebegini melatih diri kita untuk melakukan perbuatan yang baik walaupun bila ketiadaan manusia kerana tujuan kita hanya untuk mencari keredhaan Allah.

Hindarkan diri kita daripada saling memuji yang keterlaluan. Tidak salah memuji untuk menghargai dan memotivasikan sahabat kita tetapi alangkah indahnya, doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain sedangkan dia tidak mengetahuinya akan dimakbulkan Allah.

Disamping itu, banyakkanlah berdoa agar kita diberikan keikhlasan dalam beramal dan dijauhkan daripada syirik. Kerana amal yang dilakukan kerana manusia (perkara selain Allah) adalah syirik. Dan meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya’.

Akhir kalam,

Tetapkanlah niat yang ikhlas kerana Allah untuk memulakan perjalanan Semester 2 kali ini agar segala amalan kita diterima dan diredhai Allah.

Periksa niatmu sebelum, semasa dan dipengakhiran sesuatu perbuatan kerana ia akan sentiasa memeliharamu.

Khansa’ Nusantara


Responses

  1. salam sis.. how are you doing? ‘jalan2’ dalam blog sendiri, menyinggah sini jap..🙂

    • alhamdulillah bikhayr🙂 jalan2 la dtg kl pulak yer,, blh jmpe,,rindu,,lama x jmpe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: