Posted by: immaia410 | August 18, 2009

antara nikmat dan kesyukuran

pernah tak berhenti sejenak dari urusan2 harian utk berfikir sekejap ttg kehidupan kita?

bila fikir2 balik betapa banyaknya nikmat yang Allah dah kurniakan pada kita, mashaAllah! tak cukup nak tulis atas sekeping kertas. al-Quran dan hadith2 banyak ingatkan kita ttg nikmat Allah kpd kita dan peringatan yang Allah akan tanya macam mana kita guna nikmat2 tu kat akhirat nanti. perhatikan anggota badan kita, dah cukup untuk mendorong kita bersyukur. tapi kita sering lupa, selalu alpa!

cuba kita renung2 kan…nikmat berjalan dan bercakap. mungkin kita tak ada memori pengalaman kita belajar dari meniarap kepada merangkak kemudian bertatih lalu boleh berjalan, tak ingat macam mana proses kita boleh mula bercakap bermula dengan perkataan pertama. lalu kita take for granted 2 nikmat ini.dengan megah berjalan di bumi Allah, suka hati nak pergi ke mana, bawak badan ke tempat2 maksiat, bercakap hal2 yang tak bermanfaat, bangga dengan keupayaan berhujah di khalayak ramai dan macam2 lagi. perhatikan kanak2 yg sedang belajar berjalan dan bercakap. kita tak dilahirkan terus boleh gunakan 2 nikmat ni. kita dididik untuk memperolehinya dan ia mengambil masa yang lama! beberapa bulan untuk berjalan. bertahun untuk bercakap. subhanallah! betapa kita dengan mudah sia-siakan nikmat tu sekarang tanpa rasa malu sikit pon dengan Allah.

disinilah hadirnya syukur memainkan peranan untuk kita hargai nikmat2 Allah kepada kita. dengan bersyukur, nescaya Allah akan menambahkan lagi nikmat kepada kita – rujuk al-Quran 14:7 – dan untuk jadikan nikmat2 yang kita ada kekal dan berterusan.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.” (Ibrahim, 14:7)

mengucapkan syukur secara lisan adalah salah satu cara syukur yang dituntut dari kita.

sabda Rasulullah saw, barangsiapa yang membaca pada waktu pagi,

-maksud- Ya Allah, apa sahaja nikmat yang saya perolehi pada waktu pagi dan diperolehi seseorang daipada makhlukMu, maka sebenarnya adalah daripada Engkau jua. Tiada sekutu bagi-Mu. Pujian dan kesyukuran untuk Mu. (rujuk al-Mathurat, himpunan zikir2 mathur oleh Hasan al-Banna)

sesungguhnya dia telah tunaikan kewajipan mensyukuri pada hari itu. barangsiapa yang membacanya pada waktu petang, dia telah menunaikan kewajipan mensyukuri pada malam itu. (hadith riwayat Abu Dawaud dan an-Nasa’i)

malah dengan cara perbuatan juga kita dituntut untuk bersyukur. dengan cara lakukan perkara2 wajib Allah suruh kita buat: solat 5 waktu sehari semalam, puasa sebulan bulan Ramadhan, menutup aurat, membayar zakat etc… juga dengan meninggalkan apa yang Allah larang. bukankah ini mendorong kita tajdid -perbaharui- kembali niat kita dalam beribadah. bersungguh-sungguh lakukan amalan2 kerana ini saluran2 untuk kita bersyukur pada Allah atas nikmat2 yang kita dapat. tepuk dada tanya iman kita!

selain tu, amalan2 sunat juga cara untuk kita bersyukur. ibadah2 yang kita buat untuk mendekatkan diri kepada Allah. salah satu dari caranya adalah dengan berSedekah! (banyak lagi amalan2 sunat yang lain). menariknya ttg sedekah, kebanyakan dari kita faham bila sebut sedekah kita terbayang menghulurkan derma. lets open our mind! menurut dalil2 al-Quran dan hadith, banyak lagi cara untuk kita bersedekah. senyum tu sedekah, tolong orang lain sedekah, pergi masjid tu sedekah, hatta buang gangguan di jalan raya pon dikira bersedekah. bila buat amalan2 ni, kita kene ikhlas melakukannya. natijah amalan yang bermanfaat untuk diri kita dan orang lain…

subhanaLlah, walhamduliLlah, walailahaillaLlah, Allahu Akbar!

betapa cantik dan telitinya didikan Allah kepada kita, manusia yang menawarkan diri untuk mengambil tanggungjawab jadi khalifah! pupuklah jiwa dengan rasa SYUKUR dengan NIKMAT Allah yang dikurniakan pada kita lantas mendorong anggota badan kita untuk melahirkan kesyukuran tu dengan cara BERAMAL kepada Allah!

moga kita sama2 lebih sensitif dengan nikmat yang kita peroleh, inshaAllah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: