Posted by: immaia410 | March 1, 2011

the true meaning of Ukhuwwah

dipetik dari kata2 ISHAB…dilafaz dari hati yang merasai tautan ukhuwwah ini…mg ia menjadi titik kekuatan dan petunjuk iman…

ukhuwwah merupakan satu anugerah Allah yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang ikhlas dan penolong-penolongNya yang membersihkan jiwa mereka untuk Allah (al-anfal:62-63).

ukhuwwah tu tak semudah membeli barang di kedai. ia perlu diraih dan diberi. dan hanya Allah yang menganugerahkannya kepada mereka yang Dia kehendaki. jadi, kalau pinginkan ukhuwwah, minta pada Dia.

ia juga merupakan faktor kekuatan iman yang mewarisi perasaan yang mendalam dengan sifat kasih sayang, lemah lembut dan hormat-menghormati serta saling mempercayai di antara kita dengan setiap orang yang mempunyai hubungan aqidah tauhid dan manhaj islam yang abadi. maka terlahirlah sikap tolong-menolong, mengutamakan orang lain daripada diri sendiri, belas kasihan, pemaaf, bertoleransi dan bantu-membantu.

tanpa iman, kita susah untuk berukhuwwah sebab asas ukhuwwah adalah aqidah itu sendiri. manisnya ukhuwwah, ia berpaksikan pada asas yang kukuh, selagi kita berpegang pada asas ini, tetap berukhuwwahlah kita walau berbeza di sudut yang lain. memandangkan aqidah islamiyah kekal hingga hari akhirat, begitu jugalah ukhuwwah itu tetap subur hingga Allah memanggil kita semula. jadi untuk suburkan ukhuwwah di hati kita, perlu baja dulu iman dalam sanubari kita. dari pokok ukhuwwah yang berakarkan iman inilah akan lahirnya buah dan bunga akhlak yang manis dan cantik.

ukhuwwah juga merupakan satu perkara yang melazimi (bukan menzalimi) iman. “tiada ukhuwwah tanpa iman dan tidak sempurna iman tanpa ukhuwwah. begitulah juga tiada persahabatan tanpa taqwa dan tiada taqwa tanpa persahabatan” (al-hujurat:10 dan al-zukhruf:67)

hakikatnya, semua ini hanya dapat dirasai setelah kita telah berusaha untuk berukhuwwah seterusnya istiqomah dalam memelihara ukhuwwah.

seseorang itu tidak akan dapat merasai kemanisan iman melainkan apabila dia mempunyai sifat ukhuwwah. dari hadith: “tiga sifat sesiapa memilikinya, sesungguhnya dia dapat mengecapi kemanisan iman; hendaklah dia menyintai Allah dan RasulNya lebih dari yang lain, mengasihi seseorang kerana Allah dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka”.

kesimpulannya, ukhuwwah adalah salah satu daripada rencah utama merasai kemanisan iman. jangan pernah bilang kita sudah berukhuwwah sebelum kita belum berlapang dada dan itsar, dan jangan pernah mengakui telah merasa hakikat manisnya iman selagi ukhuwwah belum diraih.

salam ukhuwwah fillah abadan abada.

Posted by: immaia410 | February 18, 2011

jangan pernah jadi beban pada dakwah

kata-kata yang pernah satu ketika dahulu jadi penggetar jiwa ini. mulai saat dan ketika tu saya sangat berhati-hati dalam melangkah, takut jadi beban. menyusahkan orang lain, meresahkan naqibah dan memeningkan fikiran qiyadah.

lama-lama saya faham yang untuk kita tak jadi beban adalah dengan kita betul-betul memahami dakwah. jaga urusan tarbiyyah, jaga amal jamaie, berkhidmat sebaiknya untuk ummat dan ikhlaskan hati sentiasa. baru datang semangat yang betul-betul telus, agar tak mudah kita tertipu dengan semangat.

melangkah dalam jalan dakwah ni samalah macam kita memandu nak menuju ke satu tempat. jangan laju-laju, ikut had laju; kondisi kereta kena optimum diawal, dipertengahan jalan hingga kita sampai destinasi; tanda-tanda amaran yang kita kena faham untuk beri peringatan pada kita tentang bahaya di perjalanan; dll, sangat straight forward analogi tu bagi mereka yang benar-benar memahaminya.

jalan dakwah ni berperingkat, pengukuhan individu dari segi kefahaman dia tentang ukhuwwah, meninggalkan jahiliyah diri, isi dengan 10 ciri muslimun, dan kefahaman tentang fikrah merupakan peringkat awal tarbiyyah seseorang. kemudian diri dilonjak untuk beramal atas dasar sayang dan kemahuan untuk menegakkan islam. di sini peringkat belajar untuk bekerja secara kolektif atau team-work atau amal jamaie. terperinci gerak kerjanya dan tak mampu saya huraikan semuanya disini, tapi cukup dengan saya katakan ini bukan amalan rekaan manusia hasil menulisan buku-buku motivasi kepimpinan yang banyak di pasaran sekarang. tapi ini hasil kajian ulama’ tentang metod gerak kerja generasi al-Quran, pimpinan Rasulullah SAW. seterusnya menggabungkan diri dalam mana-mana gerakan perubahan yang membawa kita mencapai matlamat dengan cara yang kita ijtihad paling hampir dengan sunnah.

bekalan-bekalan di jalan dakwahlah memastikan perjalanan kita lancar. sebaik-baik bekalan adalah bekalan taqwa. attain taqwa melalui amal fardhi kita, di situlah gunanya mutabaah amal. solat jemaah, tilawahnya, qiamnya, zikrullahnya, dan tsaqafahnya, keep on “service” diri kita. kefahaman fikrah ditingkatkan dengan hadiri program, pergi daurah, join camping, pergi trip, ziarah qudama’ dan yang utama konsisten dengan usrah. fikrah yang menuntun perjalanan kita. kurang faham fikrah, takut-takut kita lost, macam tiba2 kita decide tak nak ikut map nak ikut instinct diri jer. amal jamaie salah satu kefahaman yang sangat penting bila kita nak beramal dengan fikrah yang kita dapat. AJ ada adab-adabnya, ada peringkat-peringkatnya…kita sentiasa perlu BELAJAR untuk beramal jamaie.

tak dinafikan jalan dakwah ada liku dan halangan-halangannya, seperti di jalan raya, kita dibantu oleh tanda-tanda tepi jalan yang berwarna merah sebagai tanda merbahaya. begitu juga jalan dakwah tapi lebih indahnya jalan dakwah di tandai dengan zahratul hamra’, mawar-mawar merah. berduri tapi cantik, merbahaya tapi indah. nak berbicara tentang hambatan-hambatan dakwah saya tak mampu nak menulisnya disini, penulisnya buku asalnya lebih arif tambahan lagi saya baru berlesen L dalam jalan ni, masih lagi perlukan guru pandu dan latihan amali yang kerap, tak layak berbicara tentang mehnah dan tribulasi.

akhirnya penentu sampainya kita ke destinasi jalan dakwah, yakni syurga Allah, hanyalah usaha kita untuk tsabat dan istiqomah. tidak pernah ada threshold untuk tsabat dan istiqomah hinggalah nafas kita terhenti di waktu jasad kita bergelumang dengan kerja dakwah, otak dan hati kita sibuk memikirkan mad’u dan semangat tertegaknya islam berkobar-kobar dalam diri. (ya Allah matilah aku dalam husnul khotimah…) apa zahirnya tsabat dan istiqomah? nah, yang diatas sana itu, jaga tarbiyyah, beramal dakwah dan ikhlaskan niat sentiasa.

sedarlah sahabat perjuanganku sekalian, perjalanan kita masih jauh, jangan sekali-kali kita tertipu dengan semangat dan bisikan nafsu nafsi. selagi nafas kita berlum berakhir, selagi islam belum tertegak atas bumi Allah, selagi itulah usaha kita perlu berterusan. bukan hasil yang kita cari tapi kualiti usaha kita yang kita perlu telitikan.

muhasabah diri, buat saya dan sahabat yang saya kasihi fillah, yang sama-sama berjuang di atas jalan mulia, lagi diberkahi ini…

salam perjuangan, sehingga syahid atau kita menang…

 

Posted by: immaia410 | February 7, 2011

sentuhan murabbi

Subhanallah walhamdulillah, nikmat Allah yg tak terhitung buat hambaMu yg hina dina ini.

walau tak pernah bertemu, walau tak pernah berbual bicara… tetapi pandangan dan kata-katamu jadi pengubat hatiku.

Jazakillahu khayran katheera.

Perkongsian Ustazah Norsaleha Mohd Salleh di FB, sy kongsikan disini…

~FORMULA HIDUP BAHAGIA~

Firman Allah swt dalam surah al-Ra’d ayat 28. “Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Dalam ayat ini, Allah swt menegaskan hati itu menjadi tenang dan tenteram apabila bersandar kepada Allah swt, mengingati Allah swt dan redha menjadikan Allah swt sebagai pelindung dan penolong. Iman merupakan faktor utama yang memberikan kebahagiaan dan ketenangan kepada jiwa manusia (al-Mukminun 23: 1).

Tanpa keimanan seseorang itu tidak mungkin mencapai dan bertemu dengan kebahagiaan yang sebenar dan hakiki (Yunus 10: 17). Ketenteraman, kedamaian, kepuasan dan ketenangan jiwa hanya dirasai oleh orang-orang yang beriman, yang menyerahkan seluruh kehidupan, jiwa dan raganya kepada Allah swt.

Mereka inilah yang layak mendapat sakinah dalam kehidupan mereka sebagaimana yang dijanjikan Allah swt kepada  RasulNya dan orang-orang yang beriman (al-Fath 48: 26). Jaminan kebahagiaan dan ketenteraman hidup terhadap orang-orang yang beriman berterusan selagi mana mereka tidak menodai iman mereka dengan kezaliman, khianat dan maksiat (al-An’am 6: 82).

Kenikmatan ruhi dikecapi oleh orang yang beriman melalui sifat tenang dan kegembiraan hatinya daripada segala sifat keluh kesah dan penderitaan. Ini bukan bermakna, orang beriman tidak diuji oleh Allah swt dengan kesusahan, kepayahan, masalah rumah tangga, kehilangan harta benda dan nyawa, kemewahan dan keselesaan hidup dan sebagainya.

Namun orang-orang yang beriman melihat masalah dan problematika kehidupan itu bersifat sementara dan menyedari bahawa ia adalah ujian Allah swt ke atas mereka agar mereka lebih beriman dan berserah diri kepadaNya.

Sebab itulah Rasulullah saw begitu mengkagumi sifat-sifat orang-orang yang beriman apabila mereka ditimpa kesusahan mereka bersabar, tetapi apabila mereka diberi nikmat mereka bersyukur. Sifat sabar dan syukur ini hanya ada pada orang yang beriman.

Ketenangan jiwa adalah formula hidup bahagia. Iman adalah mutiara kebahagiaan yang dirasakan sebagai nikmat yang paling agung dalam kehidupan seorang muslim. Kebahagiaan seorang muslim ialah apabila dia berjaya menjadikan iman dan takwanya berada dalam kedua-dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat (Yunus 10: 62-64).

Jiwa yang beriman akan membina keluarga yang beriman seterusnya masyarakat yang beriman. Kesejahteraan negara hanya mungkin dapat dilaksanakan sekiranya kita berjaya membina masyarakat yang sejahtera dengan prinsip-prinsip keimanan yang jelas dan padu (al-A’raf 7: 96).

Tengiang-ngiang lagu Jangan Menyerah D’MAsiv

mg hati ini terus tsabat di jalan menuju syurgaNya walau apa pun ujian dan dugaannya…

Posted by: immaia410 | January 18, 2011

Pelajaran hari ini…

esok, lusa dan hari2 sehingga tiada lagi hari…

Kata Ustaz Hasan Elyan kepada saya, “Hasan Al-Banna mengajar kami 3 perkara yang tertanam kukuh di dalam hati-hati kami. Pertama Islam adalah agama yang benar. Kedua kita mesti berbangga dengan Islam yang kita anuti. Ketiga, Islam yang kita perjuangkan pasti akan dimenangkan Allah”. MasyaAllah, alaangkah ringkasnya, mudah menjadi formula hidup dan pembakar semangat disepanjang jalan Dakwah ini sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir. Formula ini jugalah diantara yang menjadikan Ikhwan sebagai pencabar dan pengagal utama projek Kuasa-kuasa Besar Dunia untuk menjajah bumi Islam dan melenyapkan aqidah umatnya.

dari blog ust. halim http://inijalanku.wordpress.com/2010/12/28/ustaz-hasan-elyan-dalam-kenangan/

Posted by: immaia410 | January 18, 2011

retrospek kehidupan

pelbagai perkara berlaku dalam hidup. dan kena yakin setiap yang berlaku tu tarbiyyah (pendidikan) untuk kita. kita mungkin diuji dengan kesusahan dan kesedihan di mana bila perkara tu berlaku akan menguji keyakinan kita pada qada’ dan qadar Allah. ya, mungkin kesan jangka pendek sangat memedihkan hati dan perasaan, mengganggu konsentrasi dan pemikiran. tapi jiwa yang dekat pada Allah akan terselamat dari terus meratapi apa yang berlaku. bukankah org yg beriman tu bila diuji dia bersabar dan beristighfar? dia terus tersenyum dan menyusun semula langkah untuk bertatih semula. kadang-kadang dalam kehidupan terlalu lama sangat berjalan dan berlari sehingga kita terlupa kita berpijak di bumi, lalu Allah ‘tersungkurkan’ kita untuk kita berhenti sejenak, berpijak semula di bumi. memang sakit, luka, kepala pon pusing-pusing tapi buat sejenak waktu kita kembali pada tanah, tempat asal kita. di situ kita sedar kita ni lemah dan rendah, hamba pada Khaliq.

ada seorang kawan yg baru dikenali bagitahu, anggapla apa yang berlaku ni macam mendaki gunung everest! very hard, challenging, tak semua orang pernah alami, give you cold-hearted, semua2 lah tapi yakin lah lepas dah lalui semua ni, gunung lain-lain tu jadi ‘mudah’. bukan mudah easy tapi lebih bersedia, tahu macam mana nak handle. nak lalui apa yang berlaku memang sangat berat tapi boleh diringankan dengan zikrullah. ingat sirah nabi, ujian dan dugaan rasulullah berdakwah lagi dasyat, apalah sangat nak dibandingkan dengan apa yg dilalui. tambahan, ujian dan dugaan orang lain malah lagi besar. daripada murung sebaliknya, bersyukurlah. Allah masih teguhkan hati dalam islam. ameen, ameen, ameen ya Rabbal A’lamin..moga hati ini terus kuat dan tabah!

yang penting ambil ibrah daripada setiap yang berlaku. boleh jadi ujian ini utk kafarah dosa, jadi bertaubatlah. dosa yang jelas dan terang hinggalah yang tertutup dan tak perasan. feel like being reborn again. tak perlu kena sumpah jadi haiwan mcm dalam cerita hindustan. bila baru lahir kan ibarat kain putih, mulalah mencorakkannya, kali ni dengan corak yang lebih cantik daripada yang sebelumnya…

oh, indahnya kehidupan dunia yang landasannya menuju akhirat. ni barulah hakuna matata!

moga langkah yang diorak selepas ini lebih jelas hala tujunya, lebih suci derap tapaknya dan tersusun jejaknya..may Allah bless the path…

Posted by: immaia410 | January 6, 2011

penantian mujahidah

~a woman’s heart should be so lost to Allah that a man need to find HIM in order to see her~

Rabbi anzilni munzalan mubarakan wa anta khairul munzilin (23:29)

 

a want a heart that is lost to Allah…

 

*perkongsian seorg sahabat, jzkk! this means a lot to me*

 

Posted by: immaia410 | January 6, 2011

isi hati seorang nisa’

pernahkah seorang rijal terfikir…apa perasaan seorang nisa’?

tatkala rijal tidak menjaga kata tuturnya… ketika nisa’ perlu menjaga lunak suara, begitu juga bagi rijal, perlu menjaga lantunan suaranya…tak perlu meraih simpati..

nisa’ juga manusia seperti rijal, punya hati dan perasaan…bukankah Allah telah gariskan? tundukkan pandangan dan jaga suara, bagi nisa’ mahupun rijal.

kerja dakwah bukan tiket untuk menghalalkan semua ini.

“cukuplah aib seseorang dikira pada gembiranya dia tinggal di rumah” -Talhah bin Ubaidillah r.a.

“bekerja seperti jundi, berfikir seperti qiyadah” -Ramadhan, 1431

Create big dream for usrelf  for  optimum contribution towards Islam.  Borne n designed to suceed!’
‘You are more than what you are” -ARMD, Az-Zahra Medical Centre

“Aku meminta hari yang indah, tetapi Allah berikan aku hujan dan guruh.. rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan aku pelangi yang indah” ~Mungkin hari ini, kita tak dapat apa yang kita MAHU, tetapi hari kemudian rupa-rupanya Allah memberikan apa yang kita PERLU~ -artikel ISMA OZ 2010

Posted by: immaia410 | December 9, 2010

apa neraca infiru kita?

berangkatlah kamu dalam ringan mahupun berat!

menyahut perjuangan al-khansa’

ive watched it over and over again and it struck me everytime…

May Allah guide us to the rightous path

p/s just watched Hamas Behind the Mask, ~Allahu Ghayatuna

Posted by: immaia410 | October 19, 2010

fokus belajar dan belajar untuk fokus!

detik gentir itu datang lagi! lusa, peperiksaan pertama untuk semester ni. subjek yang agak ringan berbanding yang lain. tapi mujahadah untuk menelaah itu kena ada dan yang penting berterusan mujahadahnya. mengalami masalah lagi untuk fokus. terutamanya waktu-waktu genting seperti ini. nekad kali ini nak belajar untuk fokus. semalam dalam halaqah dah berkongsi tips. fokus dalam solat, nescaya boleh fokus dalam kehidupan. kalau tak fokus bila belajar atau masa buat kerja harian, muhasabah kembali solat kita. ouh Allah, tuhan sekalian alam, bantulah aku dalam menghadapi semua ini. hambaMu ini sangat lemah dan kerdil. nak lawan diri sendiri pun tak mampu, macam mana nak lawan musuh-musuhMu? nak didik diri sendiri pun tak mampu, macam mana nak didik orang lain? macam ni lah diri, kamu perlu kuat demi derap-derap tarbiyyah dan dakwah kalau kamu tak mampu lakukannya kerana dirimu… perlu juga belajar klasifikasikan minda kamu. FOKUS!

« Newer Posts - Older Posts »

Categories