Posted by: immaia410 | August 11, 2011

grey area

pernah tak dengar cerita gembala kambing yang tanah ragut untuk kambing-kambingnya sempadan dengan tanah diraja? sesiapa yang  trespassing tanah orang (raja apatah lagi) akan didakwa kan? jadi pengembala kambing ni, punyala dia berhati-hati, terus amik jarak 5 meter siap-siap dari pagar takut2 la yg kambingnya meragut tu tanah orang, kambing mana reti sempadan tanah ni kan… 5 meter jarak garis selari ni la grey area namanya.

trust me or not, kehidupan kita ni pon kadang2 wujud grey area. sudah pasti wujud kalau awak ada tanah tapi bukan itu yang saya maksudkan. ini batasan antara yang Allah suruh (diredhaiNya) dan yang Allah larang (dimurkaiNya). banyak perkara dah jelas dalam syariat mana suruhan (kita kena ikut) dan yang mana larangan (yang kita kena jauhi) tapi, sebab manusia ni terlalu kreatif dan inovatif, wujudlah banyak perkara-perkara samar. contoh-contoh fikirkanlah sendiri, just amik satu hari  dan observe perbuatan, perkataan, segala tindak tanduk yang berlaku di keliling anda, paling tidak akan jumpa 1 contoh. (tak jumpa juga baru tanya saya!)

okey, perkara samar (or grey area) ni either ia salah disisi Allah dan dijustify ok disisinya atau menda baik cuma ada la sikit2 elemen tak soleh…kira perkara2 yang tak furqan la (tak tahu nak beza ni baik ke tak baik… boleh ke aku buat? tapi aku bukannya buat apa2 ponnn)…grey area dikesan ikut sensitiviti seseorang, bukan sensitiviti skin test utk allergy tapi sensitifnya iman seseorang utk menilai…

selain tu, keadaan sekeliling banyak mempengaruhi wujudnya grey area ni…yang paling saya rasa obvious tahap grey area kat OZ dengan kat malaysia…believe me, OZ sangat clear cut! u amalkan islam as way of life or your life is away from it. you choose nak islam secara kaffah (seluruh) or tak amik port langsung.

cabaran kat malaysia, grey area tu luas, ruang islam patchy-patchy besar dan mengaburi mata masyarat islam…buat mana mahu dan mana suka. atau buat yg Allah larang tapi berbayangkan perkara-perkara islami atau justifikasi yang berlandaskan dalil entah dari mana. serabut sungguh! dan kawasan merbahaya kepada kita sebab macam kisah pengembala tu, kalau tak hati-hati, bila-bila masa boleh masuk zone larangan tanpa kita sedar.

kenapa citer benda ni? sebab nak jaga hati nurani.

1. kalau hati makin larut dalam grey area, dah makin immune dan kurang sensitif. takutnya kalau Allah dah tarik perasaan takut bila buat dosa!

2. hati tempat iman. kalau rasa was-was dengan grey area (dan keyakinan tapi dengan justifikasi), better to leave it. memang tak dosa pon sebab tak jelas halal haramnya tapi kalau berterusan buat perkara2 syubahah (was-was) boleh jadi haram hukumnya.

ermmm kita manusia. kita lemah sebab hati tempat simpan iman kita lemah. somehow kita kena bantu hati kita keep the iman insight. kita kena tolong hati untuk ubah diri kita jadi lebih baik. hati adalah raja/komander untuk jasad kita. baik keadaan hati kita, baiklah tindakan motor-motor neuron kita bertindak.

so lepas ni, jangan banyak justifikasi, banyakkan berfikir (Allah syg hambaNya yang ulul albab). rasa was-was benda tu tak baik yang mendorong kita banyak ifs and buts, let go. kalau benda baik, Allah suka, buat jerr!


Responses

  1. refer to hadith 6 (hadith 40 imam nawawi)
    maksudnya: Dari Abu Abdillah An-Numan bin Basyir ra. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, antara keduanya terdapat yang samar yang tidak diketahui oleh banyak umat manusia. Barangsiapa jatuh ke dalam perkara yang samar, maka ia telah jatuh dalam wilayah haram, seperti seorang penggembala yang mengembala di sekitar daerah terlarang, sedikit lagi ia akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah setiap raja itu mempunyai daerah terlarang. Ketahuilah sesungguhnya daerah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, bila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati” (HR Bukhari dan Muslim)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: