Posted by: immaia410 | February 18, 2011

jangan pernah jadi beban pada dakwah

kata-kata yang pernah satu ketika dahulu jadi penggetar jiwa ini. mulai saat dan ketika tu saya sangat berhati-hati dalam melangkah, takut jadi beban. menyusahkan orang lain, meresahkan naqibah dan memeningkan fikiran qiyadah.

lama-lama saya faham yang untuk kita tak jadi beban adalah dengan kita betul-betul memahami dakwah. jaga urusan tarbiyyah, jaga amal jamaie, berkhidmat sebaiknya untuk ummat dan ikhlaskan hati sentiasa. baru datang semangat yang betul-betul telus, agar tak mudah kita tertipu dengan semangat.

melangkah dalam jalan dakwah ni samalah macam kita memandu nak menuju ke satu tempat. jangan laju-laju, ikut had laju; kondisi kereta kena optimum diawal, dipertengahan jalan hingga kita sampai destinasi; tanda-tanda amaran yang kita kena faham untuk beri peringatan pada kita tentang bahaya di perjalanan; dll, sangat straight forward analogi tu bagi mereka yang benar-benar memahaminya.

jalan dakwah ni berperingkat, pengukuhan individu dari segi kefahaman dia tentang ukhuwwah, meninggalkan jahiliyah diri, isi dengan 10 ciri muslimun, dan kefahaman tentang fikrah merupakan peringkat awal tarbiyyah seseorang. kemudian diri dilonjak untuk beramal atas dasar sayang dan kemahuan untuk menegakkan islam. di sini peringkat belajar untuk bekerja secara kolektif atau team-work atau amal jamaie. terperinci gerak kerjanya dan tak mampu saya huraikan semuanya disini, tapi cukup dengan saya katakan ini bukan amalan rekaan manusia hasil menulisan buku-buku motivasi kepimpinan yang banyak di pasaran sekarang. tapi ini hasil kajian ulama’ tentang metod gerak kerja generasi al-Quran, pimpinan Rasulullah SAW. seterusnya menggabungkan diri dalam mana-mana gerakan perubahan yang membawa kita mencapai matlamat dengan cara yang kita ijtihad paling hampir dengan sunnah.

bekalan-bekalan di jalan dakwahlah memastikan perjalanan kita lancar. sebaik-baik bekalan adalah bekalan taqwa. attain taqwa melalui amal fardhi kita, di situlah gunanya mutabaah amal. solat jemaah, tilawahnya, qiamnya, zikrullahnya, dan tsaqafahnya, keep on “service” diri kita. kefahaman fikrah ditingkatkan dengan hadiri program, pergi daurah, join camping, pergi trip, ziarah qudama’ dan yang utama konsisten dengan usrah. fikrah yang menuntun perjalanan kita. kurang faham fikrah, takut-takut kita lost, macam tiba2 kita decide tak nak ikut map nak ikut instinct diri jer. amal jamaie salah satu kefahaman yang sangat penting bila kita nak beramal dengan fikrah yang kita dapat. AJ ada adab-adabnya, ada peringkat-peringkatnya…kita sentiasa perlu BELAJAR untuk beramal jamaie.

tak dinafikan jalan dakwah ada liku dan halangan-halangannya, seperti di jalan raya, kita dibantu oleh tanda-tanda tepi jalan yang berwarna merah sebagai tanda merbahaya. begitu juga jalan dakwah tapi lebih indahnya jalan dakwah di tandai dengan zahratul hamra’, mawar-mawar merah. berduri tapi cantik, merbahaya tapi indah. nak berbicara tentang hambatan-hambatan dakwah saya tak mampu nak menulisnya disini, penulisnya buku asalnya lebih arif tambahan lagi saya baru berlesen L dalam jalan ni, masih lagi perlukan guru pandu dan latihan amali yang kerap, tak layak berbicara tentang mehnah dan tribulasi.

akhirnya penentu sampainya kita ke destinasi jalan dakwah, yakni syurga Allah, hanyalah usaha kita untuk tsabat dan istiqomah. tidak pernah ada threshold untuk tsabat dan istiqomah hinggalah nafas kita terhenti di waktu jasad kita bergelumang dengan kerja dakwah, otak dan hati kita sibuk memikirkan mad’u dan semangat tertegaknya islam berkobar-kobar dalam diri. (ya Allah matilah aku dalam husnul khotimah…) apa zahirnya tsabat dan istiqomah? nah, yang diatas sana itu, jaga tarbiyyah, beramal dakwah dan ikhlaskan niat sentiasa.

sedarlah sahabat perjuanganku sekalian, perjalanan kita masih jauh, jangan sekali-kali kita tertipu dengan semangat dan bisikan nafsu nafsi. selagi nafas kita berlum berakhir, selagi islam belum tertegak atas bumi Allah, selagi itulah usaha kita perlu berterusan. bukan hasil yang kita cari tapi kualiti usaha kita yang kita perlu telitikan.

muhasabah diri, buat saya dan sahabat yang saya kasihi fillah, yang sama-sama berjuang di atas jalan mulia, lagi diberkahi ini…

salam perjuangan, sehingga syahid atau kita menang…

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: