Posted by: immaia410 | October 16, 2010

mendalami maksud bermuhasabah…

ijlis bina wanu’min saah…

“Org yg bijak ialah org yg menundukkan jiwanya dan beramal untuk hari slps mati. Org yg lemah ialah org yg menjadikan jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan2 sesuatu di sisi Allah.” [HR Ibnu Majah] menundukkan jiwa bermaksud muhasabah diri…

Mereka yang bijak ialah yang selalu ingat mati dan bersedia ke arahnya. Persediaan kita adalah dengan muhasabah diri secara total – periksa balik amal kita, kata-kata kita, perasaan kita.

Muhasabah tu ibarat kira-kira dalam hidup.
– ibnu Katsir kata hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan perhatikan amalan soleh yang kamu simpan untuk dirimu pd hari yg dijanjikan dan ketika kamu dipersembahkan di hadapan Tuhan kamu.
– ibnu al-Qaiyim pula katanya “muhasabah ialah bezakan antara yang diperoleh dan apa yang perlu ditanggungnya. setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. dia seumpama seorang musafir yang tidak akan kembali”
– kira-kira kehidupan untuk tahu untung-rugi kita pada usaha kita mentaati Allah atau melakukan maksiat. sesiapa yang memuhasabah diri di dunia, maka ringanlah hisabnya pd hari kiamat. jadi tanggungjawab kita untuk menghisab diri sendiri. dalam hadith Abu Hurairah, beliau kata, Rasulullah saw b’sabda: Setiap individu b’tanggungjawab menghisab dirinya. (R Ahmad, berkata Syeikh Ahmad Syakir: Sanadnya Shohih, 8038)

kesimpulannya, orang yang bijak dia sentiasa bersedia untuk hari kematiannya/hari akhirat. dia sentiasa audit (muhasabah) amalan dia setiap hari. yang mana boleh bawa keuntungan di akhirat, dia teruskan. yang mana buat dia rugi, dia usaha untuk islah diri dan betulkan akhlak. dia tinggalkan perkara yg rugikan dia dgn bertaubat, sementara pintu taubat masih terbuka, sebelum mati menjelma dan sebelum tarikh luput (kiamat). itulah org yang bijak!

wallahua’lam bisawab.
mg Allah istiqamahkan kita untuk bermuhasabah…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: