Posted by: immaia410 | June 26, 2010

kongsi baca – hendak seribu daya tak nak seribu dalih…

dari web isma australia…

Diari KuSe ku- 11 May 2010 (KuSe=Kuliah Selasa)

Alhamdulillah, atas kudrat dan iradahNya, dapat juga aku memulakan diari KuSe ku. Walaupun sudah berlalu hampir separuh tahun 2010, tapi aku yakin, lebih baik bermula sekarang daripada terus membiarkan cita-cita ku ini terkubur.

Dalam kegelapan malam, kakiku melangkah kearah Pelham Musolla, Melbourne pada malam selasa 11 May 2010. Berdebar hatiku memikirkan berapa ramaikah yang akan menghadiri kuliah selasa kali ini. Alhamdulillah Allah teguhkan hati ku dengan mengingatkan aku, Dia yang Memilih jiwa-jiwa bersih mana yang Dia ingin untuk bersama-sama dalam majlis ilmu malam ini.

Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih…

Itu yang dapat aku simpulkan dari tajuk Kuliah Selasa kali itu. JIDDIYAH. KESUNGGUHAN. Suatu sifat kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya yang berhati cekal (teringat daku kepada seorang adik ni yang aku beri ‘nicknamed’ adik-yang-berhati-cekal J Rindu dengan adik ini).

Adakah kau tahu apa itu Kesungguhan a.k.a Jiddiyah?

Pernah dengar kata-kata Man jadda wa jadda? Ia bermaksud sesiapa yang bersungguh, dia yang akan mendapatkannya. Jiddiyah ini bukan sekadar bermaksud bersungguh, tapi ia terdiri daripada 4 komponen seperti di bawah

1) Bersungguh dalam melaksanakan perintah syariat – ini termasuklah dalam menuntut ilmu.

2) Telus, gigih dan bersungguh-sungguh tanpa putus asa – makanya tiada istilah keluhan dalam bersungguh-sungguh. Tak match la!

3) Dia mengeluarkan segala kemampuan yang dia ada- bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

4) Dia dengan segala usaha yang ada akan mengatasi rintangan- kiranya kalau ada obstacles dalam perjalanan, ia tidak akan mematahkan semangatnya dalam terus berjuang.

Sangat tersentuh apabila pentazkirah quote ayat 12 surah Maryam (19)

« Ya Yahya hudzil kitaaba bi QUWWAH»

‘Ya (Nabi) Yahya! Ambillah (pelajarilah) Kitab (Taurat) itu dengan bersungguh-sungguh’.

Boleh difahami daripada ayat ini, bahawa Allah bilamana Dia Memerintahkan umat ini untuk mengambil dan melaksanakan perintahNya, ia haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh (noted: Bukan bermain-main ya!).

Dan kalau kita teruskan lagi pembacaan ayat dari surah Maryam ini, kita akan dapati bahawa Nabi Yahya ini diberikan hikmah kenabian sejak dari kecil. Something for us to ponder. Maka kita harus sejak dari kecil lagi bersungguh-sungguh dalam setiap yang kita lakukan. Hmmm, sekarang dah 20 tahun lebih, kalau masih tiada semangat jiddiyah itu, tak tahulah….

Dalam Seerah ada Bekalan…

Sangat suka untuk saya tekankan di sini bahawa BERSUNGGUH-SUNGGUH itu adalah sunnah orang yang berjuang, yang diwarisi sifat itu daripada para Rasul. Bukalah tabiat orang yang sedang berjuang itu untuk dia diam berpeluk tubuh sahaja.

Mari kita renung kembali kata-kata Rasulullah dalam menolak tawaran untuk menjadi pemimpin kepada penduduk Mekah dan juga harta kekayaan yang melimpah ruah dan wanita-wanita yang cantik sebagai ganti untuk MEMBERHENTIKAN DAKWAH ILALLAH

“Andai matahari diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan misi ini, sungguh aku tidak akan menghentikannya, hingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa karenanya”.

Menitis air mata mengenangkan perjuangan Baginda Habibullah. Allahuakbar! Hebatnya kesungguhan Baginda Rasul dalam meneruskan amanah Allah kepadanya walaupun terpaksa menolak kesenangan-kesenangan duniawi yang memang memukau mata bagi siapa yang hatinya tidak dipandu cahaya Ilahi. Teringat quote dari buku ‘Pelembut Hati’: Biasakan diri kamu dengan kesenangan-kesenangan yang besar (berusaha untuk mencapai kerehatan di syurga), nescaya diri kamu akan membenci kesenangan yang kecil (membuang masa tanpa hala tujuan, sembang-sembang dan mengumpat etc). Dan kita sebagai umatnya, tidak mahukah kita membentuk diri kita untuk bersungguh-sungguh juga dalam menuntut ilmu kerana Allah dan mengamalkan amal soleh yang diredhaiNya serta menyampaikannya pada orang lain.

Kita soroti satu lagi kisah yang disebut semasa Kuliah Selasa, satu kisah yang sangat menggetarkan hatiku:

Perang Mu’tah adalah perang di zaman Madinah di mana tentera Islam menentang 200,000 pahlawan-pahlawan Romawi. Rasulullah s.a.w. mengamanahkan Zaid b. Harithah untuk menjadi pemegang panji yang pertama. Andai kata Zaid mati syahid, maka Jaafar b Abi Tali mesti terus menegakkan panji perang tersebut. Lalu, andai kata Jaafar juga syahid, maka tugas ini harus diteruskan oleh Abdullah ibn Rawwahah.

Pentingnya untuk mengekalkan panji ini agar terus tegak adalah kerana jika jatuhnya panji perang sesuatu pihak, maka akan jatuhlah semangat tenteranya dan kalahlah mereka. Betapa besarnya tugas yang dikemban tiga orang pemuda ini. Seperti yang kita tahu, setelah Zaid b Harithah syahid, panji terus disambar oleh Jaafar. Maka, berbondong-bondong tentera Romawi mengasak Jaafar agar dia juga syahid menyembah bumi. Bila tangan kanan Jaafar dicantas, maka atas KEKUATAN IMAN dan KESUNGGUHANNYA MEMEGANG AMANAH RASULULLAH, terus disambut panji itu dengan tangan kirinya. Bila tentera Rom berjaya mencantas tangan kirinya, apakah yang Jaafar lakukan? Menangis teresak-esak dan berkata

‘Sudahlah, I tak mau teruskan lagi…’?

Allahu akbar, malah Jaafar terus memegang panji dengan bahagian atas tangan-tangannya yang tinggal kudung. Malah, ketika dia dipanah yang menyebabkan kesyahidannya, panji ini masih berdiri tegak dan disambar Abdullah ibn Rawahah yang kemudiannya turut jatuh syahid.

Sangat bergetar hatiku membayangkan kesungguhan mereka. Lantas hatiku menjerit:

WAHAI RIJAL UMAT INI! Bangunlah kalian dari tidur kalian. Sedarlah yang kita selama ini telah dilalaikan oleh dunia! Sedarlah kalian dan bangunlah untuk sama-sama kita hidupkan kembali kegemilangan umat ini…. Bersungguhlah kerana kita akan ditanya kelak oleh Allah ke manakah hidup ini telah kita gunakan untuk mencari redhaNya.

Ya saya faham. Jadi bagaimana untuk bersungguh-sungguh?

Mungkin kisah di atas kelihatan sangat ideal. Akan tetapi, yakinlah bahawa diri anda juga mampu menjadi sehebat mereka kerana anda juga seorang manusia. Jawapannya adalah

i- Faham kenapa kita kena bersungguh. Ha, kenapa? Sebab kita ingin mencari redhaNya. Siapa yang bersungguh mencari redha Allah, dialah yang akan mendapat redha Alah yang paling tinggi. Tidak kita mahu dan sangat mendambakan untuk menjadi orang yang Allah sebut-sebut dalam Al-Quran:

“ Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kamu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu”

(Al-Fajr 89:27-30)

ii- Tahu kepentingan bersungguh-sungguh dan akibatnya jika tidak bersungguh. Refleksi diri bilamana kita membaca ayat 11 dalam surah Ar’Ra’du

“Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”.

iii- Latihlah diri kita untuk bersungguh-sungguh walau dalam sekecl-kecil perkara, nescaya kita akan lebih bersungguh-sungguh dalam membuat perkara-perkara yang besar. Makanya, bersungguhlah walaupun dalam melipat baju sendiri, mengemas rumah dan juga dalam memasak untuk ahli rumah (Oh, sungguh terkena pada batang hidungku sendiri!).

Banyak lagi yang ingin ku nukilkan, tapi aku pasti kalian pun pastinya penat untuk teruskan lagi pembacaan. Biarlah sampai di sini sahaja diari KuSe ku ini untuk kali ini. Yang penting kalian dapat dan kalian beramal dengannya… begitu jua diriku.

Sebagai penutup, ingin aku sisipkan satu kata-kata pujangga

“Enta wa ma turid”

Kamu dan apa yang kamu mahukan (yang mana ia akan mencorakkan diri kamu

Saya tahu apa yang saya mahukan. Minallah, ilallah, lillah. Anda pula?

By

Ana Muslim


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: