Posted by: immaia410 | February 9, 2010

hakikat hidup bertuhan

insan yang sedar akan hakikat ini beroleh banyak manfaat darinya…

mengelakkan dari rasa takabbur dan sombong. mungkin ada insan yang terpelihara dari sifat sombong kepada Allah dengan memahami segala yang ada pada dirinya datang dari Allah. tapi takabbur dan sombong boleh berlaku antara sesama manusia. tak percaya? pejam mata (jap, baca dulu habiskan perenggan ni)..ok, pejam mata, kemudian bayangkan pernah tak terdetik dalam hati walau sekali, anda lebih “sesuatu” dari seseorang. *even dgn hanya mengatakan anda islam bila anda melihat seorang kafir? now pejam mata selama 30 saat dan bayangkan…

saya percaya semua org, termasuk sy pernah terlintas perasaan sebegitu (astaghfirullahi ala’zim). namun hakikatnya ini sebahagian dari sifat takabbur dan sombong terhadap sesama manusia. which is perasaan yg kita perlu dan sangat2 jauhi…mana tak nyer, direnungkan balik kejadian setiap manusia tu, semua bermula dari air mani yg hina, ibarat andai jatuh ke tanah, ayam tak patuk, itik tak menyudu. dalam banyak perkara seorang insan akan merasakan dia “lebih” dari org lain. faktor usia, ilmu, harta, anak-anak, pangkat, femes, suara merdu, kepakaran dlm sesuatu bidang… macam-macam la lagi.

banyak cerita dari sirah rasulullah yg menjadi contoh pada kita bagaimana nak deal dengan situasi yg macam ni… saya nak bagi homework utk anda cari dan hayati sendiri kisah nya…clue: Kisah Usamah bin Zaid dilantik menjadi panglima dan Kisah Ibnu Abbas memberi pendapat ttg Surah An-Fath*

Akhir kata, fahamilah hakikat yang kelebihan setiap insan itu anugerah Allah. Allah beri dan Allah berkuasa tarik balik nikmat dan kelebihan tu. jadi tak wajarlah untuk kita berasa sombong (yg mempunyai kelebihan) atau cemburu (yg ada kekurangan). dari ihya’ ulumuddin, antaranya: dengan adanya sifat takabbur dan riak itu menandakan banyak hilang akalnya. kesan dari keadaan ini, insan tidak dapat memahami ayat-ayat Allah (al-A’raf:146), Allah murka padanya (An Nahl:23) dan akhirat tidak menerimanya (menerima balasan yang buruk) (Al-Qasas:83). sedarlah wahai insan, muhasabahlah diri kita…antara tanda insan menyombongkan diri adalah apabila dia memandang rendah kepada orang lain, tak akan bertanya apabila tidak tahu dan tidak mahu menerima nasihat…bila-bila masa sahaja Allah mampu tarik kembali nikmat yang ada pada kita. jangan tika itu baru kita baru mahu sedar, alhamdulillah masih lagi diberi peluang bertaubat…lebih menyedihkan ialah apabila pengakhiran seorang insan itu dalam takabbur dan riak memenuhi diri seperti kisah iblis dan kisah bal’am, nauzubillah.

related entry: jumpa sewaktu menulis… menarik. langsir pon sama. terkejut sy! http://smk3ae.wordpress.com/2009/05/25/apa-kita-terjangkit-penyakit-sombong-3/

moga bermanfaat.

*tak bermakna kita tak boleh izzah (berbangga) dengan islam tapi ni lebih kpd perasaan bangga “dilahirkan dalam keluarga islam”. sepatutnya kita bersyukur dan berharap iman yang kita ada Allah kekalkan dan anugerahkan kita husnul khotimah (pengakhiran yg baik, meninggal semasa iman kita subur)…dan berniat untuk menyampaikan islam kpd org lain rather than menyumpah seranah org kafir yg mungkin tak buat2 apa2 pon pada kita (tak menyakiti atau menghina agama islam).

*pembetulan, bukan an-Nasr


Responses

  1. akk,
    pembetulan,
    surah al fath

  2. Subhanallah… tulisan pena minda anda sungguh menarik dan mengesankan. Mudahan kita semua dipelihara Allah dari sifat takbur dan ujub juga menyombong diri dengan segala kurnia Allah. Semua nikmat itu hanya sementara yang boleh hilang bila-bila masa dikehendaki Allah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: