Posted by: immaia410 | January 25, 2010

dynamic vs static

sebulan lebih. tarikh terakhir entri adalah dec 13, bbrp hari sebelum balik bercuti ke malaysia. lama benar tak menulis…refleksi ini setelah bbrp minggu tak letak entri…

seseorang tu perlu sentiasa ‘bergerak’. macam air. yang bertakung akan berbau, tumbuh lumut, jadi tempat nyamuk bertelur, tak bagi manfaat langsung kepada makhluk lain selain yg disebutkan. berbanding air yg mengalir, mampu mengairi segenap pelusuk, lebih banyak hidupan, boleh dibuat thoharoh, dan berguna. begitu juga manusia yang sentiasa ‘bergerak’ sentiasa berfungsi anggotanya, permikirannya, dan spiritualnya, lebih terkesan bila kesan ‘pergerakannya’ bukan shj manfaat buat diri sendiri, bahkan orang di sekelilingnya.

ayuh diri bergerak! muhasabah diri buat hamba Allah yg paling hampir kepada entri ini. saat menulis, sy berfikir-fikir semula kehidupan sy yang br b’lalu. kehidupan di adelaide vs. di malaysia. ada perbezaan disitu.

adelaide – peluang2 utk ‘bergerak’ datang bergolek2. antara mahu dan tidak je. asalkan faham kepentingan untuk menjana iman, dengan berbekalkan dzatiyah diri, banyak dipermudahkan untuk beraktiviti di sini. walaupun terik matahari musim panas membakar umbun2 (kadang2 mencecah 40c), inshaAllah dipermudahkan segalanya.

malaysia – terhad pergerakannya, bagai diikat dan dikurung dalam sangkar. namun, fikirannya kenalah optimistik. ‘bergerak’ itu tak bermakna fizikalnya shj. andai dapat keluar beraktiviti sesama kumpulan, alhamdulillah. tapi tak semua ada kemudahan sebegitu. sepertimana sy, tak mudah untuk ligat ke sana ke mari utk terlibat dalam pgrm malah utk bertemu akhawat di kawasan sekitar pun susah. rasa macam bukan setakat fizikal yg diikat, mental dan ruhani juga. tapi, bukankah tarbiyah dan dakwah tu tak terhad masa dan tempatnya? dalam keadaan yg semcm mana sekali pun, kita tetap menjalani ‘pendidikan’. asalkan kita sendiri sedar yg kita perlu ‘belajar’ pada ketika dan saat itu. begitu juga dgn dakwah. di mana2 pun tugasan dakwah tu tetap dituntut. terketuk sy dengan kenyataan itu!! betapa sy tidak menghargai mad’u di depan mata sy. keluarga saya! lantas, rasa terikat diurai sedikit demi sedikit. konklusinya, tarbiyah dan dakwah tetap ada dimana2, atas kita mahu terokai atau tidak.

setiap insan, sesuai dgn maksudnya, pelupa; akan sering diuji dalam hidupnya. naik dan turun tahap iman adalah salah satu ujian Allah pada hambaNya. na’uzubillahi min zalik, jgn sampai hilang terus baru nak sedar. jiwa orang beriman cepat rasa sensitif bila imannya diuji, lalu cepat2 dia cari kekuatan untuk naik kembali. taubat, istighfar…dan tahmid sebagai tanda bersyukur pada Allah kerana memberi petunjuk untuk kembali ke jalanNya.

sy bersyukur berada di atas jalan ini…mau tsabat dan istiqomah terus, inshaAllah.

‘andai ini yg terbaik buatku dalam memperoleh redhaMu, peliharalah aku dalam menitinya, ya Allah. bimbinglah aku menjadi hamba yg bersyukur dan makin tunduk apabila beroleh nikmat, juga redha dan bertawakal bila diuji. tetapkanlah hatiku agar tidak berbolak-balik, malah tenang dan sabar dalam menghadapi kehidupan di jalan ini…’

tahun ini perlu lebih FOKUS dan RAJIN! byk perkara yg perlu dikerjakan. ‘tangan dan kaki makin patah’ disini. mg ini ketentuan dan takdir yg terbaik buat kami disini…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: