Posted by: immaia410 | October 9, 2009

review MMB09 (mukhayyam musim bunga 2009)

mule2 ingat nak put comment jer dalam entry ukhuwwah fillah yang lepas..tapi, this could stand on its own..

ada mukhayyam aritu.temanya ukhuwwah.

ukhuwwah tue.. serendah-rendahnya berlapang dada dan yang paling tinggi adalah itsar. yang selain tu diantara sifat yang dua tu.

urmm yg berlapang dada tu pon bermujahadah utk buat, b’ukhuwwah kah aku selama ni? sobsob.berlapang dada tu maksudnya berbaik sangka dengan orang lain (i.e. kawan kita) dalam apa jua keadaan.

itsar tu pulak…mengutamakan orang lain, memberi sesuatu yang paling kita perlukan ketika itu kpd sahabat kita, bukan beri apa yang berlebih pada kita atau brg yg tak diperlukan lg…to share a true itsar story…

“Ketika dalam Perang Yarmuk, Abu Jahim ra membawa sebekas air untuk keperluan dirinya. Namun, semasa berperang, beliau mendapati sepupunya terbaring dan mengerang kesakitan. Abu Jahim bertindak memberikan air untuk sepupunya yang tenat itu, namun apabila dia hampir memberikannya air itu, terdengar pula akan teriakan oleh seorang pejuang lain iaitu Hasyim bin Abilas yang mahukan air. Sepupunya menyuruh Abu Jahim ra memberikan air tersebut kepada Hasyim. Apabila Abu Jahim mendekati Hasyim untuk memberikannya air, terdengar pula suara mengerang yang juga meminta air dari pejuang di sebelah. Hasyim meminta Abu Jahim memberikan air itu kepada pejuang itu. Apabila Abu Jahim mendekati pejuang itu, dia sudah pun syahid. Lalu Abu Jahim bergegas kembali ke Hasyim, tetapi Hasyim juga telah syahid. Akhirnya, Abu Jahim kembali ke sepupunya, namun dia juga telah syahid…”

subhanallah. thats itsar yang sebenar kawan-kawan…berbalik pada kite, itsar kite betul2 itsar ke slama nie? tepuk dada tanyalah iman…

perbaharuilah ikatan ukhuwwah kite kerana ia kekuatan kedua selepas beriman kpd Allah…

banyak ilmu dan pengalaman baru yg diperoleh time MMB aritu…ilmu yg bukan sekadar utk dikaut dan dirasai tapi untuk mengetuk hati untuk mereflex diri lalu mendorong utk beramal. dalam erti kata lain, untuk sama-sama muhasabah diri sejauh mana nilai ukhuwwah yang kita dok gembar-gemburkan selama ni. tang mana perlu dipolish dan part mana yang perlu diubah menjadi lebih baik.

kesimpulannya, semua-semua tu tak kan wujud tanpa rasa kasih dan sayang kpd sahabat kita..yang mana timbulnya rasa itu daripada perkenalan (taaruf) dan rasa memahami (tafahum).tahap mana kita kena berkasih sayang dengan sahabat kita ni?? Rasulullah dah bagi guideline…dari Abu Hamzah Anas bin Malik ra, pelayan Rasulullah saw, bahwa Rasulullah saw bersabda

Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (HR Bukhari dan Muslim)

itulah dia… kena rasa syg dan kasih tu mcm mana kita rs kat diri sendiri. macam mana kita tak nak jiwa kita disakiti, mcm tu lah kena jaga hati dan perasaan sahabat kita. mcm mana kita tahan diri dari buat perkara2 tak baik, mcm tu lah kita kena larang sahabat2 buat perkara yang dilarang syariat. ibarat 2 orang dalam satu badan, cubit peha kiri, peha kanan pon terasa jugak.

jadi, amacam kawan-kawan? lebih mendalamkan maksud persahabatan ni sebenarnya… its never too late to improve your relationship with others. kan lebih manis persahabatan berlandaskan iman😉 jom kita sama2 tajdid (perbaharui) amal kita  ^_^

p/s: mukhayyam tu = camping.


Responses

  1. ngah, love u. thanks for everything!

    • uhibbuki fillah too achik…no worries mate!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: