Posted by: immaia410 | October 6, 2009

setahun umur jagung, makin berisi makin tunduk

Eidmubarak! masih belum terlewat kiranya mengucapkan salam syawal. Moga amalan antum diterima Allah dan segala usaha di bulan Ramadhan menjadi perisai untuk menghadapi godaaan dan cabaran 11 bulan yang mendatang, inshaAllah…

alhamdulillah, 2 hari lepas, meningkat seusia lagi tempoh hidup sy. bersyukur masih dikurniakan nikmat usia dari Allah. maknanya, masih banyak hak2 diri dan masyarakat yang perlu ditunaikan. teringat bbrp tahun yg lepas, kata-kata dalam satu blog “usia 9 bulan di bumi Adelaide lebih bermakna buat diri sy daripada 19thn dah hidup kat dunia ni” sy membenarkan kata-kata itu, dari tahun ke tahun. terlalu banyak ilmu dan pengalaman hidup baru yg sy dapat di bumi subur Adelaide ni berbanding bertahun-tahun hidup di bumi bertuah Malaysia…

di sini sy memperoleh ruh baru “ar-Ruhul Jadid” islam yg benar aqidahnya. melihat dunia dan kehidupan melalui kacamata dakwah dan erti islam yang sebenar. teringat kata-kata seorang ukhti habibati fillah, kematangan diri diperoleh melalui islam. mula-mula dulu sangat tak faham, tapi sekarang memang dirasai sendiri kebenaran kata-kata itu. dengan adanya tsaqafah ttg erti sebenar perjuangan menegakkan kalimah syahadah di bumi Allah ini, dengan terdorongnya diri bergerak untuk beramal, secara automatisnya diri akan lebih serius dan fokus untuk memikirkan isu ummat.

begitulah…setelah hampir 4 tahun terdidik di sini, tarbiyah Allah tak putus-putus mendidik diri untuk terus menerima dan menjaga hidayahNya. tak dinafikan, sy tetap manusia yang lemah, iman kejap turun kejap naik…bersyukur pada Allah tidak terhingga kerana masih menempatkan sy dikalangan mereka yang soleh dan musleh.

ya Allah, Kau tetapkanlah hati hambaMu yang lemah ini walau dimana aku berada. Ampunilah dosaku dan kedua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecil. ku mohon redha dan maghfirahMu ya Allah…ameen, ya Rabbil A’lamin…

moga-moga dengan bertambahnya umur, bertambah lah amal dan kesungguhan dalam mencari redha Allah!


Responses

  1. its not fair…i just found ur blog,angah..=( but its ok..keep up the momentum!

    • jgn ngajuk alang…ni dah jumpe nih..huhu
      inshaAllah..sama2 kite istiqamah yer alang!
      menulis satu tanggungjawab, w.pon sepatah perkataan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: